Tuesday 16 October 2012

Jangan nak merdeka sangat !!





Hari ni 100% pelajar yg ambik PMR bebas dari belenggu PMR setelah sekian lama bertungkus lumus berhempas pulas dan bergelumang dengan buku.

Tak salah nak meraikan sedikit kebebasan dan melepaskan segala stres yg hampir buat sesetengah separuh gila.

Perkara pertama yg patut buat ialah ucapkan "Alhamdulillah" . Luahkan rasa gembira dengan lafaz terima kasih kpd Allah sebab dah bagi kita kekuatan dan kesihatan yg baik sepanjang tempoh exam tu.

Apa cepat sangat ko lupa pada Allah selepas selama ni asyik berdoa dan merayu, solat hajat supaya diberi kejayaan dan kekuatan menghadapi exam ni?

Apa guna menjerit merdeka macam orang gila dan melompat bagai hilang akal?

Ada yang meraikan kebebasan sementara tu dengan membaling mercun di kawasan sekolah.
Ada yang merosakkan harta benda sekolah.
Ada yang baling buku dan alat tulis konon2 simbolik tanda kebebasan.
Bukan itu cara orang bertamadun meraikan rasa syukur dan gembira.
Itu cara orang gila. Orang bodoh.

Apa salahnya pergi cari cikgu2 yang mengajar korang ucapkan sepatah ucapan terima kasih. Tak perlu nak bagi duit ke hadiah apa. Diorang tak perlukan semua tu.
Apa susah sangat nak ucapkan terima kasih pd mak ayah yg selama ini banyak berkoban masa , kudrat dan wang ringgit?
tak susah pun kan?

Takpe, berehatlah sebentar daripada buku2 teks dan rujukan tu, boleh simpan sementara waktu.
Tapi tak bermakna perlu berehat dari mencari ilmu. Ilmu itu pelbagai dan sangat luas.
Yang mana tak reti mengaji Quran, atau baca muqaddam merangkak- rangkat tersekat-sekat tu boleh la guna peluang ni pegi belajar.
Eleh, kalau tuisyen mampu bayar kenapa tak boleh hantar anak pegi belajar mengaji?

Atau pergilah kelas komputer ke kelas memasak ke. Takpun boleh guna peluang ni untuk tolong mak ayah kat rumah.

Dan ibu bapa, tolong tengok sikit anak2 anda ye, kalau lepas PMR tu ada yang terlebih rajin nak datang ke sekolah, mohon check dalam beg diorang tu takut terbawak barang terlarang.
Takut ada yang melencong ke tempat lain, bukan ke sekolah.
Ye, tau.... anak makcik baik, anak pakcik soleh dan solehah, tapi apa salahnya berwaspada. Cegah sebelum terpaksa beli ubat, eh betul ke ayat tu..

Apapun tahniah bagi yang berjaya melalui tempoh sukar ini dengan jayanya. Biar berbaloi dengan apa yang kita korbankan selama ini.
Eh, kalau yang selama ni tu tak berapa nak study sangat, slalu main-main time belajar, yang hanya study last2 minit tu takyah la nak merdeka sangat ye.

Sapa yang nak menjerit MERDEKA!! tu boleh pergi tepi pantai, atas gunung atau bawah laut dan jeritlah sekuat hati kat situ. takde orang marah.

Oh ya, lupa plak SPM belum mula lagi. Jadi jangan jeles.



ikhlas daripada:
Bekas mangsa PMR

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

23 comments:

  1. haha.. mesti kat sekolah ramai yang menjerit ya. hehe.

    ReplyDelete
  2. mesti dorang plan baik punya habis exam..hihihi

    ReplyDelete
  3. ala baru nak laung merdeka.. cikgu ne jeles la tu:P.. kasi saya bnyak A ea

    ReplyDelete
  4. biasalh tu...ms kita lepas exm pun sama kan? lepas dh rasa lepas beban yg besar.

    ReplyDelete
  5. ya Allah..lupa pula anak buah hamba ada yang PMR...huhu

    ReplyDelete
  6. haha.. betul tu.. tp dulu rasa mcm ni gak.. legaaaa bila exam dh hbis.. ti xda la smpai nk buang buku ke apa kn =p=p

    ReplyDelete
  7. Maria :
    Haha. Fenomena biasa kt mana2

    Ckg Ma :
    Ntah idea apa la diorang nk buat tu

    ReplyDelete
  8. Dysha :
    Laung slow takpe. Ni satu skolah bergegar. Bajet cam dpt straight A je

    Aisy Nasiha :
    Haha. Sy dulu nangis lpa hbis exam. Sedih sbb abis dh. Sila percaya..

    ReplyDelete
  9. 3no :
    Habislaa. Kecik hati bdk tu acik dia x wish selamat

    Hikaru :
    Tula pasal. Kena hormat ilmu walau dh habis study pun

    ReplyDelete
  10. pmr da abis ye..ketinggalan sebab duk ingat spm adik ipar jer.adik ipar cool je,akak ipar plak gelisah,maklumlah cikgu tuition dia..:D

    ReplyDelete
  11. perjalanan mereka masih jauh...

    ReplyDelete
  12. yeahh! honeymoon~ wuhooo *pank!*

    dorang Merdeka, kalau tahun depan confirm leh tukar sekolah pastu tak ada la mengadap cikgu keri yang garang ni lagi. hahaha. xDD

    ReplyDelete
  13. Azzah :
    wah, cikgu tusyen tuu.. haha

    Fendy :
    baru nak start melangkah jer tuu :D

    Biskot:
    haha. mana ada garang. pesanan penuh kasih sayang ape

    ReplyDelete
  14. dulu masa habis je exam SPM, tak la menjerit macam orang gila. tersenyum riang melompat2 baling kerusi meja. eh2

    ReplyDelete
  15. Baru merdeka PMR..Jangan riso SPM ade lagi haha

    ReplyDelete
  16. biasa mcm tu la bdk2 ni... diaorang rasa form4 tu bln honeymoon... spm belum lg tu....

    ReplyDelete
  17. perjalanan yang masih jauh untuk ditempuhi.. :)

    ReplyDelete
  18. hahah.. ok la tu.. dorang nak jerit merdeka.. da..da.. peksa da abis da.. ngeee.. ^_^ eheheh

    ReplyDelete
  19. ala, baru nak menjerit merdeka.. hekhek.. :P

    ReplyDelete
  20. Teringat time PMR dulu...
    Habis jak exam, sibuk nak rancang aktiviti lepas PMR :-)
    Best sangat time tu...

    ReplyDelete
  21. hahaha. baru habis exam, belum keluar result exam.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    ReplyDelete
  22. merdeka sekejap je tu..SPM tak lepas lagi..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...