Monday 25 February 2013

SUJUDLAH!

Assalamualaikum....

maaf ayat tak puitis
Paparan lebih jelas KLIK SINI

Aku rasa ramai dah tahu, tapi aku nak kongsikan jugak kat sini.

KELEBIHAN SUJUD

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

10 comments:

  1. terima kasih atas [erkongsiannya.. apa yg kita lakukan dan gerakan dalam sembayang ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah...Banyak sungguh kebaikan sujud ni...Nice sharing...May Allah bless u... :)

    ReplyDelete
  3. wah, alhamdulillah..ada juga info yg sy baru tahu tntg kebaikan sujud nih.. :D islam mmg sempurna, thanx for sharing this ;)

    ReplyDelete
  4. Bismillah hirrahmaan nirraheem

    Sujud .Perkara yang Syaitan tak lakukan :)
    Sujud tanda rendah diri pada Allaah.

    Beza kita dengan Agama lain sperti christian.. adalah SUJUD KITA..SAAT itu kita berdoa.. Mereka berlutut dan berdoa..^^,)

    Syukran ilmunya :)

    ReplyDelete
  5. sujudlah. banyak hikmahnya.

    nice sangat ni keri

    ReplyDelete
  6. sujud dengan tawadhu' dan khudu' akan membuat kita rasa betapa kerdilnya diri di sisi tuhan...x layak pon nak sombong kat muka bumi ni...

    ReplyDelete
  7. beranggapan orang tidak tahu adalah lebih baik dari beranggapan orang tahu.. :)

    (cikgu K, kami tak tahu pun hal-hal... 1-14+16=0 .. tahu 15 je jwpnya XD)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...