Friday 26 July 2013

Give Away | Bagi Belah Kartunster #2

Assalamualaikum...


Tema : Kenangan Ramadan, Raya & Aku



Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila.
Aku ingat lagi, masa tu walaupun adik beradik aku tak ramai lagi cam sekarang tapi puasa dan raya tetap meriah.

Masa kecik dulu, aku selalu tido rumah nenek aku (sebelah rumah aku je) sebab aku memang rapat dengan nenek dan makcik sedara aku.

Tapi kat situ aku kena paksa (time skolah rendah) mengaji Quran 3-4 kali sehari. Pastu malamnya pulak kena kejut awal untuk sahur dan tak boleh tido lepas sahur. Azabnya mata tahan ngantuk.
Tapi nasib baik waktu Subuh nenek aku dan ayah aku akan pergi masjid. Jadi aku bleh la ambik kesempatan masa sepanjang ketiadaan nenek aku untuk lelap barang seketika. Bila dengar je enjin motor aku cepat2 bangun dan buat2 mengaji al-Quran. Tapi sepandai-pandai kanggaroo melompat akhirnya tersadung akar jua.

Antara babak2 yg membengangkan time puasa adalah bila adik aku yg kecik tu tak puasa. Dahla tak pose, dia boleh plak menunjuk2 makan eskrem ke cekelat or cekedis depan aku yang tengah tahan lapar. Memang nak kena lah. 2-3 minit lepas tu berlakula tragedi tragis di mana makanan tersebut bergelimpangan atas lantai akibat diterajang serta situasi seorang budak kecik menangis meraung-raung kekecewaan. Har har har. Agak kejam di situ.

camnilah situasinya...

Walaupun ada lagi nak mengarut tapi nampaknya patah perkataan amat mencemburui aku. jadi tamat.


*Aku tak kisah tak menang pun janji dapat kad raya yg spesel tu. haha. (sebenarnya kesuntukan masa menaip laju2)


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

24 comments:

  1. Eh dapat kad raya? nak jugak..hahaha... Kejam gak ko masa jadik budak eh..

    ReplyDelete
  2. sehari 3x ngaji (sahur, sebelum zohor, lepas asar/terawih), 1x ngaji = 2/4 muka surat. kan

    haa pagai macam sepupu ambe, sebijik.. time tok gi surau.. (sebelah rumah je pun surau).. tidoo.. elok bunyi pintu, terus sambung ngaji. er.

    ReplyDelete
  3. jahat keriii pembuli..jeles plak adik dpt mkn dia tengok aja..huhuhu

    ReplyDelete
  4. adat budak-budak...memang akan ada juga sikap nakal tu..hahah

    ReplyDelete
  5. @BiskOt
    taktik kena pandai. kalau ngantuk kena la tido :p

    ReplyDelete
  6. @merahitujambu
    yela. kalau makan sembunyi2 ok la. ni sengaja cari penyakit haha

    ReplyDelete
  7. @3no gr33ny
    trima kasih kerana memahami :D

    ReplyDelete
  8. kemain die dengki dengan adik dia.. kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu keri yang hensem..kahkahkah..

    jahatnya ko masa dulu..tak sangka aku:P aku tak sempat pn merasa puasa dgn nenek atok..

    thanks bero sebab join:)

    ReplyDelete
  10. ohhh.. nakal keri ya buat kak adik... hihi...

    ReplyDelete
  11. @Aujinz
    ko tak pernah buat ke? aku sorang je ke buat camni? haha

    ReplyDelete
  12. @naza hada
    mana ada jahat wei. nakal je haha

    ReplyDelete
  13. adesss!!!kejamnye....kalau adik nanges dah tau dah sape yang buat!!hakhakhak!!

    ReplyDelete
  14. P#eoniX :
    kejam sket2 je.. haha

    ReplyDelete
  15. ingatkan makan sekali dengan adik senyap senyap. kuikuikui.

    ReplyDelete
  16. haha.. memang kejam r bro.. kecian kat adik tu.. tahu tak?

    orang yg berpuasa, bila dia lihat orang makan depan dia. orang yg berpuasaitu akan dapat pahala..

    ReplyDelete
  17. @Zul Fattah
    time kecikla bro.. belum faham sepenuhnya dosa pahala. lagipun blum baligh, haha

    ReplyDelete
  18. Salam raya

    Terima kasih lagi sekali sebab join cikgu keri..
    Nak bagi kad raya, tolong emel kat nazhaanua[at]gmail.com eh..

    tq

    ReplyDelete
  19. bunyi efek kejam jd lebih dramatis dgn ayat 'bergelimpangan makanan di atas lantai'... hahahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...