|
Lukisan lama yang diberi nafas baru. Microsoft Office Excel 2007 |
Perempuan.
Bila datang penyakit perasan. Habis gambar
diupload jadi paparan.
Bila datang penyakit perasan, anak remaja,
dewasa dan mak orang pun penasaran.
Bila datang penyakit perasan. Gambar muka
diedit hilang jerawat tanpa kesan.
Bila datang penyakit perasan. Mahukan
pujian. Tersengih sendirian.
Bila datang penyakit perasan. Jangan sampai
jadi murahan.
Perempuan perasan. Senjata syaitan
merosakkan iman.
Penyakit perasan ni boleh menimpa sesiapa
sahaja tak kira lelaki atau perempuan. Tapi biasanya perempuan lebih menonjol
dan memberi lebih banyak mudarat serta berbahaya.
Kebiasaannya apabila seseorang perempuan
bersolek, memakai pakaian baru, maka mereka berasa mereka lebih cantik dari
kebiasaan dan mula terperasan.
Secara automatic akan timbul satu perasaan
inginkan penghargaan atau inginkan pujian. Maka mereka cuba menunjukkan
kecantikan itu kepada orang-orang terdekat dengan harapan supaya dipuji.
Itu normal.
Tapi bagi yang ada penyakit perasan tahap
kronik, mereka tak mudah berpuas hati setakat menunjukkannya kepada orang
terdekat di rumah. Mereka mula mengambil gambar selfie sambil membuat gaya-gaya
yang diyakini paling comel dan paling menarik.
Ditambah dengan software photo editing atau
camera 360 maka penyakit perasan itu akan meningkat ke satu darjat yang lebih
menakutkan.
Mereka mula mengupload gambar bajet comel
tersebut di laman sosial dengan tujuan mendapatkan perhatian. Apabila selalu
dilakukan ianya bertukar menjadi kebiasaan dan tabiat.
Malah ada yang tak segan silu meng”tag”
friends mereka pada gambar mereka dengan caption “kalau suka like la. Tak suka
berambus. Komen yang murni-murni jew”
Hatta gambar yang diupload itu secara
logiknya tak layak dikomen yang murni-murni (tiada definisi jelas bagaimana
komen yg murni tersebut)
Pada mulanya aku menganggap komen seperti “ Awak, kalau awak tutup aurat pakai
tudung lagi comel. Allah pun suka” itu sebagai komen murni tapi nyata silap
apabila komen itu biasanya akan didelete dan pengomen akan dimaki malah di “blocked”.
Snap. Upload. Tag .
Snap. Upload. Tag.
Change profile picture.
Change profile picture.
Change profile picture.
Berulang –ulang.
Tabiat ini bukan saja menjadi ketagihan
anak gadis remaja, malah yang dewasa dan mak-mak budak.
Yang paling menyedihkan ianya menjangkiti
para niqabis bertudung labuh yang begitu teruja menjaja gambar mata yang
disolek menggoda.
Maka terpaksa pula dibuka bab baru
membincangkan bagaimana penyakit perasan niqabis ini menjadi fitnah buat tudung
labuh dan niqabnya.
Kadang-kadang, gambar niqabis yang disolek menggoda itu lebih menggetarkan jiwa berbanding perempuan yang freehair.
|
Juga lukisan lama. Microsoft Excel. |
Ternyata penyakit perasan ini menyerang tak
pilih kasih. Anak gadis berambut perang, para niqabis yang nampak sopan, cikgu
perempuan yang bergaya sakan, makcik pakai selendang bergelar isteri orang,
atau janda berhias beranak sorang.
Sungguh, kecantikan dan kecomelan yang
ditayang dan dipamerkan ini mampu menggoyahkan iman mana-mana lelaki yang rapuh
iman. Tidak mustahil menerbangkan serban seorang imam.
Perempuan, janganlah terlalu bersangka baik dan berhusnudzon terhadap lelaki. Jangan menyangka bahawa kaum lelaki semuanya mampu menundukkan pandangan dan mempunyai iman yg teguh sehingga mampu membendung mata dari men"scan" tubuh badan mereka.
Sesungguhnya ramai lelaki memiliki "MATA SCAN" yg berteknologi tinggi yang mampu menembusi setiap lapisan pakaian anda.
Lagikan jubah boleh tembus apedehal setakat T-Shirt adik yang ketat sendat dan nipis tu.
Dan kalau masih berdegil juga, jangan meroyan menyalahkan sesiapa jika ada gambar-gambar gedik anda dilihat muncul di dalam page2 pengumpul koleksi gambar Gadis Melayu Cun atau Awek Seksi.
Redhalah, pasrahlah. Itu pilihan korang sendiri.
Juga, bila mati nanti, tolong jangan hadir ke dalam mimpi kawan-kawan atau mak ayah merayu supaya didelete akaun Facebook atau instagramnya. Seram tau. Seram!
Jelas, dengan hanya sedikit suntikan virus
perasan, syaitan-syaitan sudah mampu bergelak ketawa, bersenang lenang
bergoyang kaki menyaksikan strategi dan percaturan mereka mula membuahkan hasil
yang cukup berkesan.
Perempuan yang dijangkiti virus perasan ini dengan rela menjadi senjata sang
syaitan laknatullah untuk merosakkan iman mereka sendiri malah iman para lelaki
yang kurang budiman.
Maaf kerana terpaksa menulis entri yang
cukup mengguris hati ini.
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)