Sunday 4 December 2011

Otak kanan | Kreativiti : merealisasikan fantasi dan imaginasi

Cookies from WLA Corner Bakery Cafe :


Design #1 : biskut cap penampar (tangan tu bkan biskut)

Amaran: ini bukan kreatif! ini idea ntahapehape....


Semua orang ada bakat dan kreativiti masing-masing. Ada yang sedar potensi mereka dan menggunakannya tapi ada pula yang tidak tahu langsung potensi kreativiti mereka.

Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:

1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.

 Design #2 : Powerpuff Girls Cookies... mungkinkah biskut sebegini logik? -_-


Tahukah perbezaan fungsi antara otak kanan dan otak kiri? Secara ringkasnya:

Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
  • melihat sesuatu secara menyeluruh dan cuba mencari perkaitan di antara satu sama lain.
Fungsi otak kiri
  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Perbualan
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik, bahasa dan matematik

Kreativiti anda yang tersembunyi dapat dikeluarkan dengan merangsangkan otak kanan anda.
Setiap orang mempunyai dominasi pada otak-otak tertentu. Ada yang mempunyai otak kiri yang lebih dominan daripada otak kanan (pandai membaca, mengira, berucap, menganalisis), manakala ada pula yang mempunyai otak kanan yang lebih dominan daripada otak kiri (pandai melukis, bermain lagu, menyanyi, mereka bentuk).
Orang yang mempunyai otak kanan yang lebih dominan biasanya lebih kreatif.


Design #3 : Biskut ........................ ok teruskan membaca...


Kreativiti boleh dilatih!!

Cer lukis gambar korang dengan tangan yang kurang dominan. Kalau korang biasa menggunakan tangan kanan, cuba lukis gambar dengan tangan kiri pula.
Gambar yang dilukis itu mungkin kurang cantik, tetapi ia merupakan langkah permulaan yang baik.

 wahaha... ini lukisan pakai tangan kiri, pakai PAINT... buruk benor jadinya...


Otak kanan mengawal tangan kiri kita dan otak kiri pula mengawal tangan kanan kita.
Jika anda merasakan bahawa anda kurang kreatif, kemungkinan besar tangan kanan anda lebih dominan dan jika anda berlatih menggunakan tangan kiri anda untuk melukis, ia akan merangsangkan otak kanan anda dan seterusnya ia akan meningkatkan potensi ktreativiti anda.

“Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.” Rikards (1990)

Jom berimaginasi... dan realisasikannya melalui kreativiti... 
Kreatif itu penting, supaya hidup tidak membosankan.
Kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Kreatif dalam menyampaikan pesan.
Kreatif dalam pembelajaran.
Kreatif dalam semua segi kehidupan...
cuma ingat, jangan terlampau kreatif...
seperti ini....

----

----
----

----

----


 

- monolog by keriikhwan - 


Orang kidal biasanya lebih kreatif... Sape kt sini kidal? betul ke?



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

13 comments:

  1. Biskut no tiga tu macam taik lembu kat depan rumah nenek saya...hihihi

    ReplyDelete
  2. apapun semua hasil kerja Keri memang cantik..hehe :D

    ReplyDelete
  3. Amin : sila berfikiran positif ye..haha

    DySha : mengidam ke smpai 200 ketul. x larat le nk buat

    ReplyDelete
  4. suka entri ni. entri panjang tapi huraian ringkas yg memudahkan kefahaman =)

    best blog awak. salam kenal ya.

    ReplyDelete
  5. kadang2 due2 belah otak cam xleh jalan... tersumbat... sume bende tersangkut.... hehehe

    ReplyDelete
  6. ish, ader gak rupa muka orang walopun guna tangan kiri..kalo Cc, hancus ler

    ReplyDelete
  7. Kak Zjj : sape suh tido lewat? haha..
    akak xpe , dua-dua otak laju je

    CC : iye la tu...merendah diri la plak... :)

    ReplyDelete
  8. seni itu hebatkan...lukisan awok hebat!!!

    ReplyDelete
  9. mij : seni itu slah satu cara kita mengapresiasikan klebihn diri...

    blum smpai tahap awok lagi la ni... :)

    ReplyDelete
  10. saya kidal..tp sy slalu dilatih guna otak kanan sampai dh x kreatif mcm dlu2 lg..=.="

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...