Wednesday 29 February 2012

MyDoodles : FREEBIES | Budak cute dengan Belon

Assalamualaikum.............

Walaupun tengah busy, tapi sempat jugaklah aku explore sofwer Paint Tool SAI yang ohsem ni... skali try terus jatuh cinta sebab sofwer ni sangat seswai dan sejiwa dengan teknik aku menconteng...

Inilah hasilnya selepas beberapa lama aku dok mengadap benda tuu...


100% guna SAI... sangat best pakai sofwer ni... warna pun cantik, dan garisan dia pun senang nak control... walaupun ada jugak beberapa kelemaha jika nak dibandingkan dengan Photoshop/AI. Tapi okla, hasilnya setanding.

Ok, malas citer panjang kat bawah ni aku ada buat beberapa pilihan warna ntuk doodle ni... kalau sape2 yang rasa berkenan bolehla ambik dan suka hatila nak buat apa pun... *tu pun kalau ada orang ambik...

Tak perlulah nak susah2 kreditkan ke nak buat banner besar2 tampal muka aku ucap terima kasih. Tak perlu sume tu. Yang aku minta cuma hormati karya aku dan orang lain. Selagi apa yang korang ambil dari blog aku ni dan digunakan ke arah yang positif insya Allah aku takde halangan :)




---------------------------------------------------------------------------

Doodle ni masih lagi membawa mesej yang sama... tutuplah aurat dengan sempurna... Menutup aurat adalah simbolik yang melengkapkan satu kitaran ke arah kesempurnaan iman dan akhlak kita. 

Tidak dinafikan bahawa orang yang  bertudung tak semestinya baik. Tapi kita silap jika kita mengaku walaupun kita tak bertudung atau menutup aurat dengan sempurna kita masih lagi baik.

Bagaimana kita sanggup mengaku bahawa kita orang yang baik sedangkan dalam masa yang sama kita telah melanggar perintah Pencipta kita secara terang-terangan?

Benar, menutup aurat itu perlu disertai keikhlasan, tapi sanggupkah kita bertaruh bahawa ikhlas itu akan datang lebih awal daripada ajal yang sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk menjemput kita?

Pernahkah korang naik jambatan gantung? mungkin ada yang melepasinya dengan selamba, ada yang merentasinya dengan cuak, ada yang menggigil dan ada yang langsung tidak mampu untuk melepasinya, dan berpatah balik.

Cuba bayangkan situasi yang sama apabila kita mahu melalui TITIAN SIRAT di hari akhirat kelak. Bagusnya jika titian itu seluas jambatan gantung itu. Tapi tidak, titian itu halusnya lebih halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari sebilah pedang.


Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang”
 (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa “Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t”

 Malang sekali jika kita tergelincir dari titian itu hanya disebabkan kita gagal menutup aurat dengan sempurna. Mengumpul dosa berterusan akibat sengaja mendedahkan diri kepada pandangan ajnabi serta menyebabkan diri menjadi fitnah.

Fitrah kita suka akan kecantikan dan perhatian . Syaitan begitu bijak mengambil kesempatan, menyebabkan kita terbuai dan terlena dalam puji dan perhatian.


Kutukan itu satu refleksi, pujian itu satu apresiasi.... tp pujian bisa melemahkan...   jadi berhati2 dengan pujian :)






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

28 comments:

  1. Masya Allah, comel nya...
    Tutuplah aurat kamu, sebelum kamu ditutupkan..

    ReplyDelete
  2. Bismillah.. assalamualaikum keri ^^
    lama tak jenguk belog keri ..
    Gud job boy! hehe.. benar.. manusia masih sayang utk tinggal kan "kebiasaan dan kecintaan" dalam pakaian mereka keri..
    Cute sungguh doodles keri ni.. kaknor ade SAI tp da expired.. lalu tak buat ape2 hehehe

    ReplyDelete
  3. nak kenal boleh? aminah xde kawan pegang baloon...haha..comey2.. mesej pun bagus..tettt 10markah


    titian sirat itu menggerunkan.. insaf... kena tutup semua..wajib... akan ku didik si aminah sebaiknya.haha

    ReplyDelete
  4. Miss Amateur : syukran :)

    Apit : takdelah secute hang punye dudel

    khatgrafik : trimas :D

    Annika : sangat cool... tp blum betul2 explore lg ni

    ReplyDelete
  5. alololo...shomey sangat... ^_^ *ppsssttt2.. mana vector cayew... *larikkkkk... :P

    ReplyDelete
  6. Kak Nor : klu nak yg versi crack, saya bleh send ke email kak nor :)

    biQa : bagusnya aminah dpt ibu prihatin camni haha

    b-t-p : jagalah hati :)

    Ckin : mesej itu lg penting dr kecutean doodle

    ReplyDelete
  7. Tak berani jugak nak tayangkan lukisan tak tutup aurat kat internet.

    ReplyDelete
  8. terima kaseh di atas peringatan kawan ;)

    dooddle tu comel sangat!

    ReplyDelete
  9. CCI : haha.. selagi nyawa masih ada selagi tu ingat pasal vektor tuu

    mij : amek semua pn boleh :)

    cP : klu utk tujuan pengjaran dan pembelajaran dibolehkan

    Zuhaiza : sama2 ^^

    ReplyDelete
  10. sangat comel weh lukisan tu! seriusss

    ReplyDelete
  11. message yang bagus dan doodle yg comel ^^

    ReplyDelete
  12. dani : Alhamdulillah :)

    Fiza : biar simple asal bermesej :)

    syira : klu comel amekla simpan haha :D

    ReplyDelete
  13. makin cun la dudel ko...(psst psst..curang gak!)...aku lelame dok depan lappy..bukan bukak tenet yg lame...hadap SAI tu yg lame bebenor...hahaha

    ReplyDelete
  14. patung doodle tu scary sgt..huhuk..

    tapi memang lukisan ni nampka lagi ok then sebelumnya

    ReplyDelete
  15. Azzah : nanti dpt baby lg comel dr dudel nih

    myra : bukak kejap2 je SAI ni.. nnti hujung minggu bleh laa

    3no : nmpk lg ok, tp belum ok lg sebenarnya.. bnyk cacat celanya lagi :)

    ReplyDelete
  16. huhu.. Alhamdulillah.. tersinggah.. terbaca.. =) nice sharing..

    btw, jeles tgk doodles2 tu .. ngee.. im still in prgrez wat doodles gune SAI.. hoho

    ReplyDelete
  17. Singgahh. ambik doodle sini satu !! hihi...
    thankss s

    ReplyDelete
  18. tapi skrng lbih rmai bngks aurt dari ttup aurat . btw , comel doodle . :) .
    ~semoga allah redho atas kita semua~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...