Tuesday, 16 October 2012

Jangan nak merdeka sangat !!





Hari ni 100% pelajar yg ambik PMR bebas dari belenggu PMR setelah sekian lama bertungkus lumus berhempas pulas dan bergelumang dengan buku.

Tak salah nak meraikan sedikit kebebasan dan melepaskan segala stres yg hampir buat sesetengah separuh gila.

Perkara pertama yg patut buat ialah ucapkan "Alhamdulillah" . Luahkan rasa gembira dengan lafaz terima kasih kpd Allah sebab dah bagi kita kekuatan dan kesihatan yg baik sepanjang tempoh exam tu.

Apa cepat sangat ko lupa pada Allah selepas selama ni asyik berdoa dan merayu, solat hajat supaya diberi kejayaan dan kekuatan menghadapi exam ni?

Apa guna menjerit merdeka macam orang gila dan melompat bagai hilang akal?

Ada yang meraikan kebebasan sementara tu dengan membaling mercun di kawasan sekolah.
Ada yang merosakkan harta benda sekolah.
Ada yang baling buku dan alat tulis konon2 simbolik tanda kebebasan.
Bukan itu cara orang bertamadun meraikan rasa syukur dan gembira.
Itu cara orang gila. Orang bodoh.

Apa salahnya pergi cari cikgu2 yang mengajar korang ucapkan sepatah ucapan terima kasih. Tak perlu nak bagi duit ke hadiah apa. Diorang tak perlukan semua tu.
Apa susah sangat nak ucapkan terima kasih pd mak ayah yg selama ini banyak berkoban masa , kudrat dan wang ringgit?
tak susah pun kan?

Takpe, berehatlah sebentar daripada buku2 teks dan rujukan tu, boleh simpan sementara waktu.
Tapi tak bermakna perlu berehat dari mencari ilmu. Ilmu itu pelbagai dan sangat luas.
Yang mana tak reti mengaji Quran, atau baca muqaddam merangkak- rangkat tersekat-sekat tu boleh la guna peluang ni pegi belajar.
Eleh, kalau tuisyen mampu bayar kenapa tak boleh hantar anak pegi belajar mengaji?

Atau pergilah kelas komputer ke kelas memasak ke. Takpun boleh guna peluang ni untuk tolong mak ayah kat rumah.

Dan ibu bapa, tolong tengok sikit anak2 anda ye, kalau lepas PMR tu ada yang terlebih rajin nak datang ke sekolah, mohon check dalam beg diorang tu takut terbawak barang terlarang.
Takut ada yang melencong ke tempat lain, bukan ke sekolah.
Ye, tau.... anak makcik baik, anak pakcik soleh dan solehah, tapi apa salahnya berwaspada. Cegah sebelum terpaksa beli ubat, eh betul ke ayat tu..

Apapun tahniah bagi yang berjaya melalui tempoh sukar ini dengan jayanya. Biar berbaloi dengan apa yang kita korbankan selama ini.
Eh, kalau yang selama ni tu tak berapa nak study sangat, slalu main-main time belajar, yang hanya study last2 minit tu takyah la nak merdeka sangat ye.

Sapa yang nak menjerit MERDEKA!! tu boleh pergi tepi pantai, atas gunung atau bawah laut dan jeritlah sekuat hati kat situ. takde orang marah.

Oh ya, lupa plak SPM belum mula lagi. Jadi jangan jeles.



ikhlas daripada:
Bekas mangsa PMR

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 15 October 2012

Datuk , Angsi, Nuang dan Broga : Alam adalah guru kita...



Assalamualaikum...

Lukisan ni sama dengan kat header tu...  : SAI + Photoshop

banner : Adobe Illustrator CS6 Portable

T-Shirt : Adobe Photoshop CS5 Portable

Kat atas tu design yang aku buat untuk Program Hari Keluarga Sekolah berserta Program mendaki Bukit Broga yang terletak kat Semenyih.

Akhirnya aku terpaksa akur untuk berbaik dan rujuk semula dengan Adobe Illustrator sebab nak buat banner tu. Kalau buat dalam photoshop kemain besar gedabak saiz file nya smpai nazak laptop aku.

Tapi disebabkan masalah material kain, warna T-Shirt terpaksa ditukar menjadi warna kuning. Tapi okla. Cantik gak macam warna baju BERSIH. (mohon jgn tangkap aku bawah akta ISA)

Hasil selepas siap...

Fuh, 2-3 bulan ni memang aktif sikit gaya hidup aku. Sampai tak sempat sangat nak bermanja-manja dengan photoshop, SAI, excel and the gang.

Hujung September lepas ikut rombongan mendaki Gunung Nuang  kat Ulu Langat, Selangor.  Puncak berstatus gunung yang ketiga sempat aku tawan sepanjang hidup di muka bumi ni selain Gunung Datuk dan Gunung Nuang.

Bulan Julai lepas panjat Gunung Angsi dengan 3 orang member aku. Tetibe je hiking naik carta menjadi hobi paling best mengalahkan hobi- hobi lain seperti mengelamun dan termenung.

Bukit Broga ni sebenarnya kitorang dah naik dulu hari Isnin minggu lepas sebab nak survey jalan dan laluan. Lepas tu datang naik sekali lagi pada hari Sabtu minggu yang sama. Kira 2 kali dalam masa tak sampai seminggu.

Kali pertama naik waktu petang dengan niat nak tengok matahari terbenam. Kali kedua naik pukul 5 pagi dengan harapan nak saksikan matahari terbit pulak. Aku rasa lepas ni aku nak naik lagi untuk tengok bulan mengambang, gerhana matahari dan gerhana bulan. Haha.

Takdelah hebat sangat pun nak dibandingkan mereka yang hari-hari turun naik bukit tu macam berlari pecut 100m. Memang kagum sampai terlupa nak logout fesbuk (takde kaitan dengan fesbuk pun sebenarnya)

Tapi aktiviti macam ni banyak faedah dan baiknya. Yang buruknya Cuma penat dan lenguh- lenguh badan sket. Esoknya, ramai yang terpaksa berjalan macam robot expired yang nak habis bateri sebab sakit kaki dan otot.

Dengan aktiviti ni kita boleh menguji sejauh mana kekuatan fizikal kita dan ketahanan mental.
Kadang –kadang boleh atau tidak kita melakukan sesuatu banyak bergantung pada kekuatan mental kita. Aktiviti macam ni boleh mencabar kekentalan minda dan fikiran kita untuk melakukan sesuatu yang dirasakan agak mustahil untuk kita lakukan.

Ramai yang rasa macam nak berhenti dan mengalah dari meneruskan pendakian tapi bila diberi semangat dan dorongan diorang mampu teruskan sampai ke puncak.

Bila sampai je kat puncak segala penat lelah hilang sekelip mata. Rasa kepuasan tu memang tak tergambar oleh tulisan  Times New Roman mahupun Arial. Hanya empunya badan yang tahu.

Perjalanan ke puncak dan kembali ke kaki gunung tu banyak mengajar erti syukur.
Bersyukur kerana diberi nikmat kesihatan sehingga mampu berjalan, memanjat dan melihat alam yang tersangat indah dan menakjubkan.

Bersyukur kerana kita lebih menghargai nilai makanan dan minuman dalam keadaan seperti ini. Betapa makanan dan air kosong yang selama ini tak dipandang kerana banyaknya makanan lain yang lebih lazat tiba-tiba menjadi begitu berharga dan bernilai.

Sebiji gula-gula 2biji seposen menjadi lazat dan mampu menghilangkan sedikit keletihan. Setitis air yang biasanya hanya dibazirkan menjadi rebutan semua orang. (ini cerita masa naik Gunung Nuang, bawak pelajar-pelajar sekolah)

Sungguh, ego dan hebatnya seseorang boleh ranap di sini. Tercungap dan keletihan sampai terduduk biarpun nampak gagah dan kuat dari luaran. Yang selama ini nampak lemah sebenarnya lebih kuat dan kental semangatnya.

Dan kalau ikut kata member aku seorang kaunselor yang turut ikut sama program ni (sebenarnya program Nuang tu dialah dalang yang bertanggungjawab sebagai pengarah) aktiviti ni bagus untuk mereleasekan tension dan mengurangkan stress.

Walaupun kadang2 aku nampak muka dia sendiri cam stress je nak habiskan pendakian tu sebab penat tapi aku tetap percaya kebenaran kata-katanya tu. Kahkah.

(mintak2 dia tak baca la aku kutuk dia sket2 ni)

Rugilah jika kita tak belajar apa-apa dari apa yang telah kita lalui.  Bodohlah kita jika hanya mendapat penat dan lelah semata. Ilmu Allah ada di mana-mana, bagi orang yang berfikir.

Bak kata seorang lagi kawan aku, jangan mencabar alam, tapi cabar diri sendiri.

Ambil pengajaran dari alam, sisipkan dalam lembaran pengalaman, untuk mengharungi kehidupan.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 10 October 2012

Bila Artis Pakai Seksi Terkantoi...


Sejak dua tiga menjak kebelakangan ni asyik kecoh pasal artis pakai seksi...
pasal artis pakai pakaian sampai mencocok , menjolok dan menembus mata...
pasal pelakon, penyanyi atau model bergaya sendat membonjol dedah sana sini...
Senyap sorang, sorang lagi buat hal...

Apa nak heran, dah nama pun artis, mestilah kejenya cari glamer atau publisiti murahan,
hidup mestilah penuh kontroversi, baru artis namanya...
aku yg bukan artis ni pun banyak kontrobasinya haha..
kontroversi tu makanan artis, ibarat friskies dan kucing Parsi.

Bila dah heboh satu negara cerita pasal dia, baru buat2 gelabah,
bila gambar peluk cium dengan laki@pompuan ntah sape2 tersebar, mulalah melenting,
konon-konon superimpose la, pelanduk dua serupa la...
ceih, ingat orang buta ke apa?

Ok, bukan yang tu aku nak fokus....
Tapi point aku ialah cara camne diorang cover balik perangai hantu diorang ni..
macam mana cara diorang nak tawan balik hati peminat,
cara bagaimana diorang ni nak lepaskan diri dan agar kisah itu dilupakan.

"Saya minta maaf jika cara pemakaian saya menimbulkan ketidakpuasan hati dan membuatkan ramai yang tersinggung. Saya tak tau pulak pemakaian camtu dilihat seksi di mata peminat. Bukannya saya berbogel pun. Cuma mengikut trend dan fesyen terkini. Sekali lagi saya minta maaf kepada semua para peminat"

atau pun :

"Saya minta maaf kepada semua pihak media dan peminat saya kerana bergambar berpeluk-pelukan dan cium2 sket dengan lelaki. Sebenarnya gambar tu diambil pada waktu saya muda remaja dulu, sebelum saya akil baligh lagi. Sekarang ni saya dah berubah jadi baik. Saya dah insaf. Dah tak buat keje-keje seperti yang tertera di gambar tu. Saya memohon jutaan ampun dari semua peminat yang menyokong saya. sayang koram. Terima kasih atas teguran. muah,muah "


Cer perhati elok-elok ayatnya, beria minta maaf dekat peminat, media dan penyokong dia.
Nampak sangat semata-mata nak ambil hati nak cover balik kesilapan.
Lepas tu buat balik. Minta maaf sekali lagi.
Takde pulak kena ban dengan RTM ke TV3suku ke, Utusan Meloya ke, Berita Hairan ke, Radio Era ke, Metroseksual ke.
Yang ban pun cuma al-Jazeera, radio IKIM , Majalah Asuh, Harakah, Ana Muslim dan majalah Solusi je.

Patutnya kesalahan macam tu yang mengancam keselamatan iman pemuda pemudi negara ni boleh dikenakan ISA. takpun buang daerah!
ceh, terover pulak aku ni.

Kenapa nak mohon ampun dengan manusia? sebab nak tarik perhatian manusia?
sebab rezekinya bergantung pada manusia?
Kenapa tak mohon ampun pada Allah? Bertaubat kepada Yang Maha Pengampun?
Barulah betul-betul ikhlas dan diterima..

"Kami cari rezeki halal, tak merompak, tak mencuri tak melacur, halal la tu"

"Uolls, kami walaupun pakai seksi tapi hati kami baik tau. Selalu buat program amal. Jangan samakan kami dengan sundal2 yg menyundal di lorong2 gelap tu. Kami high class tau. diorang tu kasta rendah" -artis baru nak up-

Entah, fikirlah sendiri.

*dah media , blog hiburan dan TV pun bagi sokongan dan liputan meluas, memang naik kepala la golongan ni. semua dua kali lima ,lima kali dua je. 
share la sket sorang dosa tu, wat sistem piramid MLM.

Harap2 blog aku tak di ban RTM dan TV3.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 8 October 2012

MyKOMIK : Bahasa Muda Mudi

Assalamualaikum........

Ini kisah benar, terjadi minggu lepas....

 

Di sebuah pasar raya yang dirahsiakan namanya........



Kelihatan seorang pemuda tampan sedang asyik memilih barang-barang untuk dibeli...

Disebabkan ketampanannya maka dia berasa tidak perlu membawa bakul atau troli untuk mengisi barang kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketampanannya... biarpun barang yang dibelinya agak banyak.

---------------------------------------------------------------




Tiba- tiba si jejaka terdengar suara lunak lagi merdu beberapa orang gadis sedang berbual- bual.
Spontan dia berpaling mencari arah suara itu datang. Naluri kelelakiannya menyebabkan dia terlupa firman Allah supaya menundukkan pandangan untuk menjaga kesucian hati.

Dia cuba menangkap butir bicara si gadis yang nampaknya sangat rancak berbual. Bergerak- gerak cuping telinga si jejaka mengamati pertuturan si gadis...

--------------------------------------------------------------- 

maka .....




---------------------------------------------------------------  


Terkedu sebentar  si jejaka mendengar bahasa jelek yang dituturkan si gadis tersebut. 

Berdengung- dengung telinganya menahan kesakitan akibat tak tertahan dek kasar dan buruknya glosari dan kosa kata yang dipilih oleh si gadis dalam pertuturannya.

Si jejaka berlalu pergi, dengan hati yang lara mengenangkan nasib bangsanya yang semakin layu moralnya , yang semakin lupus sopan santunnya.

------------------------- TAMAT--------------------




Abaikan bab penipuan tentang ketampanan jejaka tersebut. Abaikan juga lukisan pemalas yang comot itu. Abaikan juga tulisan huduh lagi menyakitkan mata itu... abaikan... haha

Fokus pada mesejnya, betapa teruknya bahasa pertuturan remaja zaman sekarang.Tiada lagi santun pada bicara walaupun di khalayak ramai.

Seakan fenomena biasa, bahasa bohsia dan rempit diangkat martabatnya malah dijadikan bahasa rasmi filem- filem rempit sedunia. 

"Assalamualaikum, lama tak jumpa ko, sial"

"Babi la ko, babi"

"Bodoh la ko ni, itu pun nak kena ajar ke?"

Dan macam-macam lagi ayat yang menjadi kebiasaan kita. Kadang-kadang ayat yang baik pun diakhiri dengan perkataan macam tu.

Kata-kata mencerminkan perilaku dan akhlak kita.
Kata-kata itu satu doa.
Bayangkan macam mana kalau orang mendoakan yang tak baik buat kita.
Sebagaimana kita tak suka , macam tu jugaklah orang lain rasa.

Memang, sudah menjadi kebiasaan yang sebati dan sukar untuk diubah.
Tapi boleh cuba, sedikit demi sedikit. Sampai bila mahu menggunakan bahasa sebegitu?
Sampai beranak-pinak? nak wariskan pada anak-anak? pada cucu cicit?

Sopan santun, budi bahasa budaya kita.
Bukan budaya Melayu, tapi budaya dan ajaran Islam.


[Biar huduh tulisan, jangan huduh tutur kata]




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 6 October 2012

SEGMEN : JOM BLOGWALKING

Assalamualaikum...

Disebabkan dah lama tak menjoinkan diri dengan apa2 segmen, jadi aku ambik keputusan untuk menceburkan diri semula ke dalam bidang ini.

Sebab utama aku join macam biasa, sebab tertarik dengan banner yang osem kat bawah ni...


Klik banner untuk join. Boleh kenal- kenal nanti. Anggap jela penyertaan ni sebagai jejak kasih antara aku dengan En Adam nih yang telah lama terpisah sejak masing-masing sibuk dengan kerja dan hal sendiri.

entri tamat secara paksa.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 5 October 2012

Akhirnya....


Assalamualaikum...

Sejak dua menjak ni kereaktifan aku dalam dunia blogging ni agak merudum... update yg memang dah tak berapa nak rajin tu pun makin jarang skang nih.

Blogwalking pun sangat lah terhad kepada beberapa blog je... komen mengomen kat entri orang pun semakin payah nak jumpa.

Nak balas komen kat blog sendiri pun memang nampak sangat slow dan lembab.

mohon ampun dan jangan salahkan aku. haha. semua sebab talian internet yang terputus tak bersambung sejak lepas raya aidilfitri hari tu...

entah apa yang dibuat oleh pekerja TM sampai sebulan lebih baru selesai. Dah masuk 5-6 kali report.

Tapi akhirnya ... Alhamdulillah semua dah selesai. Dan internet telah kembali ke pangkuan aku dengan selamatnya.

Jadi bolehlah aku buat balik kerja2 seperti blogwalking, tegur menegur jiran tetangga , dan update mengupdate blog.

tapi kan... tapi kan... err... minggu ni, minggu depan dan minggu lagi depan agak sibuk dan mungkin jadual padat ngalahkan Datin Seri Rosmah.

Jadi awal2 nak minta maaf kepada yang selalu datang , jenguk, baca, komen, dan jenjalan kat blog aku yang tak best nih.

Jangan terasa hati kalau dah lama tak jenguk korang.

Rindu nak menggila dengan geng2 WLA dan Dudel Doodles

sekian saja ucapan saya untuk kali ini.

terima kasih. :)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 4 October 2012

Jangan putus asa : Belajar dari seorang insan kecil....




Suatu ketika dulu, kita dilahirkan ke dunia tanpa apa2 kemahiran dan pengetahuan.
Sedikit demi sedikit kita mula belajar dan mengenal alam.



Belajar untuk ketawa, memegang benda2 kecil, belajar bagaimana untuk minum dan makan.
Betapa kita pernah keras berusaha untuk meniarap, merangkak, dan cuba untuk berdiri.



Entah berapa puluh kali kita terjatuh, namun kita tetap akan bangun semula, dan bertatih sedikit demi sedikit, selangkah demi selangkah.

Akhirnya, dengan usaha tanpa jemu, kita mampu berlari.



Hidup ini adalah satu proses. Kemajuan sedikit demi sedikit. Semakin hari semakin baik.

Tapi menginjak remaja dan dewasa, ramai mula lupa semangat juang yang tak kenal erti mengalah itu.

Rasa putus asa semakin kerap menjengah dalam hati. Berapa ramai yang mengalah sebelum mencuba. Tewas sebelum gendang perang dipalu.

Akhirnya tersungkur sebelum sempat bertemu lawan.

Kadangkala kita angkuh, terlalu yakin akan keupayaan diri sendiri, terlampau yakin akan perancangan dan strategi yang diatur.

Lalu, apabila perancangan itu gagal, mula menyalahkan takdir, hilang arah tuju, hilang tempat bergantung.


Akhirnya apabila habis segala usaha, sudah habis segala daya, baru teringat merintih kesal pada Allah. Sebagai jalan terakhir.

Sekali dua berdoa, dan doa masih belum dimakbulkan, kita mula berasa Allah tidak adil, menimpakan ujian yang sebegitu rupa buat kita sedangkan orang lain menikmati hidup dengan gembira.

Padahal kita lupa, betapa selama kehidupan kita dipenuhi dosa yang menyebabkan terhijabnya doa kita. Sedangkan doa seorang yang alim dan ahli ibadah pun mengambil masa sebelum dimakbulkan.


Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).


Tapi tak mengapa, teruslah berdoa dan memohon kepada Allah, kerana Dia Maha Penerima Taubat.

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
 

Adanya Allah sebagai tempat pergantungan yang paling utama.

Hati akan disirami cahaya ketenangan. Motivasi untuk meneruskan kehidupan akan terus meluapkan semangat juang untuk terus melangkah ke hadapan.

Dengan cinta dan rahmat-Nya. Putus asa tiada lagi.

Tiada lagi rasa stress yang akan menekan jiwa sehingga rasa terhimpit. Yang seringkali menyebabkan kita berasa seakan seisi dunia membenci kita.

Belajar itu ibadah, bekerja itu satu ibadah, rehat juga satu ibadah, setiap gerak geri boleh mendatangkan pahala.

Hidup ini indah, tiada ruang untuk kita bersedih.

Jika kita berputus asa, saat itu terimalah hakikat sememangnya kehidupan kita sudah berakhir.

Jika ada jalan bahagia, mengapa memilih jalan kecelakaan dan kebinasaan?

Hidup kita, kita yang akan menjalaninya, maka kita jugalah yang harus memilih, dan menentukannya. 



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 1 October 2012

Muhasabah : Andai aku nampak dosa itu...



Seorang lelaki sedang berjalan di sebuah taman, tiba- tiba lalu seekor burung dan melepaskan najis jatuh atas kepalanya.
Cepat-cepat dia berlari mencari paip air lalu membersihkan kotoran tersebut.

Seorang gadis sedang makan di sebuah restoran. Tanpa disengajakan, sedikit makanannya tertumpah lalu terkena baju.
Pantas si gadis bergegas ke sinki lalu membersihkan sedikit kotoran itu.

***********************************

Kekotoran. Sesuatu yang kita tak suka. Bila kita nampak kotoran itu, pasti kita tak senang dan akan berusaha untuk membersihkannya.

DOSA juga satu kekotoran. Yang boleh mendatangkan keresahan pada orang yang melakukannya.

Tapi sayang, dosa itu tak boleh kita nampak dengan mata zahir. Tiada bentuk fizikal.
Maka kita jarang sedar akan dosa kita meskipun hampir keseluruhan hati kita telah terpalit noda.

Jarang kita merasakan bahawa diri kita sebenarnya sangat kotor, hina dan jijik akibat dosa yang bertimbun.

Andai kita dapat nampak dosa itu ibarat kotoran pada baju, nescaya kita takkan berani dan mampu untuk melakukannya.

Pasti kita akan malu untuk melakukannya. Pasti kita sendiri akan jijik untuk mendekatinya.

Ada hikmah kenapa DOSA dan PAHALA itu tak dinampakkan secara zahir.

Untuk menguji keyakinan dan keimanan kita terhadap perkara yang di luar kemampuan pancaindera zahir kita.

DOSA memang tak nampak. Tapi boleh dirasa. Hadirnya dosa itu bersama keresahan hati yang tak kunjung hilang.

Hidup seakan terencat. Serba tak kena. Keresahan yang takkan mampu dihilangkan walau dengan segala jenis ubat dan terapi yang ada di dunia.

Cuma satu jalan membuang keresahan hati akibat dosa.

TAUBAT. Kembali kepada Allah. Pemilik hati kita.


*Ini nota buat diri sendiri.
Yang mula terasa beratnya langkah
akibat terlalu banyak menanggung beban dosa
yang semakin menimbun terpikul di bahu.
Susahnya mencari jalan pulang.
Meraba dalam gelap.
Kerana hati semakin malap.

Astaghfirullah alaziim. 






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...