Monday, 26 November 2012

Ciri -ciri Pemimpin Yang Baik

Assalamualaikum...



Kalau nak jadi pemimpin tu jadilah pemimpin yang boleh jadi contoh teladan...
kalau tak mampu sila letak jawatan ye pakcik2 YB mahupun JKKK atau ketua kampung atau...

Jangan jadi macam yang kat dalam entri ni --->
myKOMIK : APABILA SI BODOH DIJADIKAN IKUTAN


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 25 November 2012

MyKomik: Ironi #4: DIET vs ROKOK


Assalamualaikum...





*Diadaptasi dari kisah benar ... ahaks

[sorry tulisan petak pertama tu macam kecik sket, sila zoooooM untuk keselesaan retina mata anda]






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Segmen Kenal-Kenal Bersama Aisyah Humaira'

Assalamualaikum...

Dah lama x join segmen.. rindu plak :)



Nak join bleh klik banner. Aku pilih segmen ni sebab simple tak payah nak kena follow banyak2 page ... dahla internet slow nak bukak semua tak mampu -__-


Siapa Aku/Saya? err...

NAMA : Khairil (nama penuh panjang)

ASAL   : Kelantan (tapi dah 7 tahun merantau )

KERJA : Tukang Repair Budak (Alaa yang ajar-ajar budak biar pandai sket tu, pandai baca pandai kira, tulis)

UMUR  : 17  tahun (tu umur  time ambik SPM tahun 2004)

HOBI    : Berjalan2 seorang diri di tempat2 yang dirasakan menarik. 
                Menconteng kertas kosong hingga penuh.
                Tengok pokok.
                Suka tengok hasil seni dan graphic yg cun melecun.

STATUS : krik..krik..krikk (bunyi cengkerik)

SIFAT ISTIMEWA : Suka mengelamun. Tak suka tempat berserabut dan sesak. Malas beratur dan cari parking 

ADA APA KAT BLOG ILUSI DUNIA NI?
Macam macam. Paling banyak Doodles, Poster kartun, Komik dan illustrasi yang disertakan sedikit mesej.
Ada jugak entri-entri pendapat dan teguran tentang isu-isu sosial dan masalah remaja.
Lebih kepada peringatan untuk diri sendiri pd masa akan datang.

Tu jela kot. 


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 24 November 2012

CERITA : Luahan kecewa seorang Anak Kecil...




Cuaca tenang, angin sepoi-sepoi language... di sebuah pasar raya... 



Sedang aku tengah beratur nak membayar barang yang aku beli, datanglah seorang akak dengan anak perempuannya yg berumur dalam lingkungan 4-5 tahun.



“mak, nak tuu” sambil tangan dan muncung mulut dihalakan  kat satu barang yang aku tak tahu apa bendanya. (sebab aku tak tengok cuma dengar)

Emaknya buat tak peduli...

“Mak, nak tuu... “ ulangnya lagi.

“Tak payah” emaknya membalas. Tegas.

Anaknya mula buat muncung itik atau bahasa modennya duckface...

Tiba-tiba terdengar dialog ajaib dari mulut mongel si budak tembam tu.



“Apsal mak ayah orang lain tu baik jee... apa yang anak diorang nak dapat aje”

Lancang sekali mulut budak tuu.. Tepat sekali tona, intonasi, sebutan dan pitchingnya dengan nada yang cukup menikam kalbu. Tak syak lagi, mak dia kena troll...

Aku serba salah nak gelak ke nak diam je. Orang2 kat tepi semua buat2 tak dengar.

Aku jeling sket ngan ekor mata. Nampak emaknya sedaya upaya kontrol dan cover malu.

Mahu sahaja aku mencapai Gaviscon di rak berhampiran dan hulurkan pada akak tu. Sekurang2nya mampu merawat sedikit kepedihan di ulu hatinya.

“cubit nak??” sambil tangan mencubit-cubit lengan anaknya.

Aku, tumpang simpati kat akak tu... aku nampak  mukanya dah kemerahjambu- jambuan...

Lepas aku habis berurusan dengan awek kat kaunter selepas bertukar-tukar nombor (bukan no phone, tapi nombor-nombor  pada resit dan nombor pada duit) aku tengok aksi cubit-cubitan pada pipi dan bahu anak itu masih berterusan.

Budak itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu menangis.

Heh, nasib ko la budak.

Happy ending.


Segmen Pendidikan MORAL :


  • Jangan bawa anak-anak kecil ke pasar, nanti permintaannya susah nak ditunaikan.
  • Jangan suka menconteng “Permanent Marker” ke muka orang tua kita, bergegar pintu syurga kat bawah telapak kaki ibu tu nanti.
  • Budak-budak zaman sekarang, lebih berani dan pintar berkata-kata... terpulang bagaimana ibu bapa mahu mencorakkan mereka.
  • Ibu bapa jangan terkejut jika tiba-tiba anak mereka pandai mengatakan sesuatu yang tak pernah mereka ajar.. kerana anak-anak cepat belajar daripada orang sekeliling, rakan sebaya, TV dan internet. 


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 23 November 2012

My Doodle Notes #4 : Lelaki Tampan...

Assalamualaikum...



Menjadi Lelaki Tampan... 

Istilah dan definisi ketampanan seorang lelaki sentiasa berubah-ubah mengikut mata siapa yang memandang.
Ada yang kata lelaki berbadan sasa macam Ben Ashaari itu tampan... uhuk uhuk..
Ada yang kata bermuka jambu macam Penyanyi dan pelakon Korea itu tampan...
Ada yang kata lelaki Negro itu tampan...
Ada yang kata lelaki Melayu berbaju Melayu bersamping itu tampan..
Entahlah.. pokoknya tiada definisi tepat.

Namun itu daripada pandangan mata manusia yang lemah dan sentiasa silap..
Sebenarnya tiada guna berwajah tampan berbadan sasa jika sifat kelelakian itu belum cukup...

Huraian akronim T.A.M.P.A.N mengikut kamus aku :

T : Tanggungjawab Diutamakan 
Sebagai seorang lelaki memang dilahirkan untuk memikul pelbagai tanggungjawab yang berat.
Maka dia perlu pandai membahagikan masa dan ruang hidupnya untuk perkara2 yang lebih penting berbanding dengan keinginan dan kehendaknya.      
Tanggungjawab sebagai hamba Allah, pada diri, pada Ibubapa, adik2, keluarga, anak isteri, dan masyarakat.
  
A : Allah dan Rasul Didahulukan
Seorang lelaki tampan adalah seorang lelaki Soleh. Mendahulukan kewajipan terhadap Penciptanya. 
Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan dan manual kehidupannya.  



M : Menundukkan Pandangan
Menjaga penglihatannya dari memandang yang haram.

A030

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(An-Nuur 24:30)




P : Pemimpin yang Adil
Setiap orang adalah pemimpin sama ada pemimpin bagi dirinya sendiri, bagi keluarga atau pemimpin kepada masyarakat dan negara.
Lelaki tampan adalah lelaki yang mampu bersifat adil dan tidak menzalimi hak orang lain.
Berani menyatakan kebenaran dan rela mengaku salah bila membuat silap.

A : Akhlak terpuji
Akhlak dan tingkahlaku yang terpuji adalah lambang keperibadian mulia.
Menghormati orang yang lebih tua dan sopan santun dalam perlakuan serta pertuturan.

N : Nafsu dibatasi Iman
Manusia dilahirkan dengan bermacam jenis nafsu sama ada baik atau buruk.
Lelaki tampan mampu mengawal nafsunya. Nafsu amarah dikawal dengan sifat sabar. Nafsu syahwat dikawal dengan menundukkan pandangan. Nafsu makan dikawal dengan puasa.
Imannya mampu membatasi segala keinginan yang ditimbulkan oleh nafsu jahat dalam diri.

Pendek kata... lelaki tampan itu adalah lelaki soleh.
 


Entri Berkaitan :
My Doodle Notes #3 : Wanita Cantik...
 

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...