Tuesday 26 June 2012

Tahajjud EURO vs Tahajjud Cinta

Assalamualaikum...



EURO 2012 semakin mendebarkan.
Semakin mengujakan seluruh peminat di seluruh dunia,
4 pasukan telah berjaya menempatkan diri di kelompok 4 terbaik.
Kemuncak semakin tiba.

sebulan ini bagaikan pesta yang meriah
ramai yang sanggup bangun berjaga malam semata-mata mahu melihat pasukan kesayangan beraksi,
penuh semangat dan tenaga,
semua kerana minat dan suka,

Tak kira tua dan muda,
lelaki atau wanita,
masih belajar atau sudah bekerja,
semua sanggup bersengkang mata.



aku pun kadang-kadang terjebak sama,
turut berkongsi rasa debar dan teruja.
best bila layan dengan member sekepala,
mata memberat mengantuk dan pedih buat-buat tak rasa.

Dan aku jadi pelik serta hairan,
bagaimana aku dan orang-orang lain sanggup berkorban,
masa, tenaga untuk menonton setiap perlawanan,
padahal time tu waktu tidur paling nyaman.

Eh, bila cuba bangun untuk tahajjud berat gila,
padahal itu lebih digalakkan malah berpahala,
tubuh terasa berat , lebih berat dari besi waja,
pejam mata balik sambung membuta.

benda yang kita minat semua kita rela,
yang kita tak suka mesti rasa berat biarpun dipaksa,
jadi mari kita terima hakikat,
kita tak suka beribadah lebih masa...

heh.. pedih 

Ok, mari kita berfikiran positif,
ini semua adalah latihan untuk bulan Ramadhan yang akan tiba,
berjaga malam nanti takdelah rasa berat sangat,
sebab dah terbiasa sebulan latihan yang konsisten sebegini.

Tapi macam mana latihan ni mahu berjaya?
jika  Subuh asyik terlajak malah terlepas.
Sedang Qiamullail bertahajjud itu sunat,
tetapi Subuh itu tuntutan wajib Rukun Islam kedua

Euro, Euro jugak, bola, bola jugak,
jangan sampai lupa yang wajib,
jangan sampai mengganggu prestasi kerja,
itu semua amanah, jangan pulak nak khianat.

Dah, dah. cukup-cukup berfikiran negatif,
Tidur lagi bagus.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. untuk buat kebaikkan, memang banyak dugaannya, kadang2 kita mampu hadapi dan kadang2 kita tewas,

    tapi kalau yg melalaikan, itu yg paling lajukan? hehee

    KY pun suka tengok bola, tapi taklah sampai tak tidur, tunggu siaran ulangan je haaa

    ReplyDelete
  2. azzah tak tau bola dah habis ke blum...

    ReplyDelete
  3. adeh..sedangkan tidur lewat tgok cite korea pon leh ngantok pagi apa lagi tgok bola.dh la waktu dia pukul 3-4 pagi kan??ergghhh

    ReplyDelete
  4. hoho.. nak buat ibadah ni mmg berat 66..

    nk buat maksiat, laju je kita ni..

    ReplyDelete
  5. KY :
    biasa tengok game yg pukul 12 je..
    klu game 2.45 tu tengok separuh masa je biasanya. tu pun sekali dua time cuti

    Azzah :
    belum habis lg laa.. XD

    ReplyDelete
  6. mij :
    ahaks. citer korea la plak. haha

    solihin :
    setan punya pujuk rayu hebat sangat kot :D

    dee :
    :)

    ReplyDelete
  7. itu yg xbest.. kalau tgk bola n sunat tahajud. tapi subuh tinggai. leceh.. huhu

    ReplyDelete
  8. L :
    hehe. yg dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

    CCI :
    takpe. banyak lagi hobi lain :)

    ReplyDelete
  9. selalunya macam tu la ek kita ni..lebih keduniaan..dan tidaklah tahu bagaimana caranya langkah pertama untuk bangun kala malam

    ReplyDelete
  10. xtengok lngsung euro..tak minat nk bangun awal2 pg sbb nk tngk bola!

    ReplyDelete
  11. 3no :
    langkah pertama set alarm. :)

    iella :
    lain orang lain minatnya :D

    ReplyDelete
  12. i'm not 'kipas susah nak mati' bola.luckily..

    badly,sentiasa tak cukup tidur siapkan tempahan.=__='

    p/s:time management kene betul.^__^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...