Assalamualaikum....
Biasa buat karangan Faedah Bersukan?
Konfem pernah kan? Setidak-tidaknya pun pernah kena paksa ngan cikgu BM suh
salin karangan contoh pasal tu kan?
Memang takleh nak dinafikan bersukan
memang banyak faedah serta kebaikannya.
Sukan bleh buat kita jadi lebih sihat...
Sukan boleh mencerdaskan fikiran...
Sukan boleh menjana pendapatan dan
ekonomi....
Sukan boleh menyatukan ....
Sukan boleh bla..bla..blaa....
Cukup,cukup... betul la tuu...
Aku tak nak cite pasal kebaikan
bersukan, sebab semua orang dah tau. Tapi aku nak explain pasal keburukan
bersukan...
Eh? Ada ke keburukannya? Nak percaya ke
tidak terpulanglah.
Ini cerita betul. Sepanjang minggu lepas
aku dipaksa bertugas sebagai
pencacai dan petugas kat sebuah stadium ni sempena Kejohanan Olahraga Peringkat
Daerah. Kira sukan untuk budak2 sekolah la.
Bukan tak pernah tengok acara Sukan
Olimpik ke Komanwel ke... tapi bila aku tengok kat tempat ni rasa lain macam
sangat.
Bila sebut kejohanan olahraga camni
agak-agaknya korang pun bleh bayang camne pakaian peserta2nya. Aku ingat
peringkat profesional je pemakaian camtu, rupanya peringkat kecik2 camni pun
dah ada pakai ala2 Usain Bolt dan ... err aku takleh nak bagi contoh lain...
tak kenal... klu kenal pun tak femes... klu femes pun pasal isu ujian doping
...
Yang lelaki pakai seluar pendek,
biasalah bro, klu game bola sepak pun semua 22 orang player atas padang tu
pakai seluar pendek. Belum masuk referee dan linesman lagi...
Bukan setakat seluar pendek, ketat giler
plak tu sampai terbonjol nampak tuuuuuuuuut ....
“Biasalaa.. budak2 je pon “ bisik seekor
syaitan yang sedang melepak sambil menghembuskan asap rokok berkepul2...
Budak2 lu cakap? Dah baligh kot... dah
berpuluh kali mimpi basah camtu dah dikira dosa pahala dowh...
Yang pompuan takyah cerita laa... lagi
dahsyat daripada yang lelaki pun ada... pakai singlet, seluar tight/legging ketat nak mampus paras lutut
dan ada paras paha. Aku bukan cerita pasal yang bukan Islam ni... ni anak2
Melayu Islam yang pakai camni.
Kejohanan Sukan camni dah semacam
menjadi pesta untuk diorang menunjuk2 body masing-masing, bergaya ala-ala model
pakaian sukan tanpa rasa segan, bersalah dan tanpa rasa berdosa.
“alaaa, nama pun sukan. Kalau tak pakai
camtu macam mana nak lari laju, nak lompat tinggi-tinggi?” seekor lagi syaitan
mencelah sedang matanya penuh bernafsu melilau liar ke kiri kanan menskodeng
lenggang lenggok beberapa peserta pompuan.
“Kerajaan pun memang menggalakkan
rakyatnya menyertai acara sukan camni. Barulah nama Malaysia ni tersohor serata
dunia. Femes sket, baru orang terbeliak bijik mata dengar nama negara kita”
Tambah seekor lagi syaitan berbadan gempal dengan kulit yang agak sunburn
akibat berpanas terik di tengah padang. Patriotik sekali.
Atas nama dan tiket SUKAN, segalanya
yang janggal menjadi normal, segala yang HARAM seakan menjadi HALAL...
Mungkin jika diorang berpakaian seseksi
tu dan berjalan kat tengah bandar, masih lagi orang akan pandang pelik dan
meluat, tapi bila berada di trek dan padang, semuanya menjadi normal.
Bahkan jangan terkejut jika mereka yang
berpakaian sopan dan menutup aurat dipandang jelek jika turut sama menyertai
acara sebegitu. Diterbalikkan situasi sedemikian rupa.
Sukan , dalam diam dan tak sedar,
menjadi salah satu agenda Yahudi paling berjaya untuk melemahkan kita.
Menjauhkan kita daripada tatacara kehidupan dan akhlak sebagai seorang Islam.
Cukup halus namun memusnahkan dalam senyap.
Malang, sungguh malang apabila umat
Islam kat Malaysia ni berlumba-lumba mahu menunjukkan kejaguhan dan tanda
sokongan mereka dalam bidang sukan tetapi dalam masa yang sama mengabaikan
tuntutan yang jauh lebih penting iaitu menutup aurat, menjaga waktu solat
(bersukan kadang2 sampai terlajak waktu) dan menjaga batas2 pergaulan antara
lelaki dan perempuan.
Sukan, dah jadi satu bentuk hiburan...
sukan dah jadi satu bentuk pekerjaan... sukan juga dah jadi salah satu kayu
ukur penentu kemajuan sesebuah negara... mengikut alat pengukur dan alat sukat
ciptaan Barat. Dan kita, lelah sendiri mengejar kemodenan ini, tanpa sedar
perangkap dahsyat yang meragut kesucian rohaniah sedang menanti mangsanya...
iaitu kita.
“Eleh, ko cakap je pandai, tapi ko pun
sama... bukan ingat dunia gak time tengok game bola tuu... piirah!” Seekor
syaitan berkulit hitam legam mencebik. Cuba memprovok.
Ceh, aku debik kang!
Kebetulan time aku belek2 majalah
Al-Islam ada la aku terbaca pasal artikel mengenai pembinaan sebuah stadium yang mempunyai kabin dan balkoni khas untuk menampung penonton wanita agar tidak bercampur dengan lelaki di Jeddah, Arab Saudi. Maknanya stadium tu akan mengasingkan penonton, wartawan dan jurugambar wanita daripada lelaki Tidak akan ada percampuran jantina. Stadium itu dijangka siap 2014.
Tengok, penyelesaian tetap ada kan? Cuma perlu sedikit usaha dan kesungguhan. Bukannya
sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Jangan terlalu ikut rentak tari
ciptaan Barat. Tak perlu tiru dan copy paste bulat2 budaya dan cara pelaksanaan
mereka. Ubah ikut acuan kita sendiri. Acuan Islam. Insya-Allah dipermudah
jalannya.
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)