Friday, 30 December 2011

Segmen -5 blog paling diminati 2011.. By Nizam Ijam

Assalamualaikum...
Nak join? klik je banner


Hari ni aku join segmen ni sebab aku pun kebetulan nak wat entri pasal blog yang paling diminati ni... alang-alang buat sekali harung sambil join segmen ni...

Blog yang paling aku suka, yang selalu buat aku tertunggu-tunggu bila la nak kluar entri baru, yang aku tak pernah tertinggal setiap updatenya sejak aku mula kenal blog tu (sbnarnya bnyak, sume yg dlm bloglist aku kt sidebar tu aku suke) tapi yang paling buat aku teruja adalah:


1.  Dr. Cinta Punye Belog
 Blog ni sangat ohsem, super kreatif ngan doodle n kartun yg super cute... sebuah blog dakwah penuh hikmah dgn cara penyampaian yg sempoi tapi sangat menarik...

2.  iluvislam.com
Blog dakwah juga. Ada macam2 jenis artikel yg super menarik dangan susunan ayat yg indah dan hujah yang mantap.

3.  Jalan Salafus sholih
Juga blog dakwah tapi agak berbeza sket sebab aku suke video2 yg cukup berkesan yg dihasilkan sndiri olehpemilik blog ni... video2 disusun dengan bijak, kadang2 tu bleh rasa insaf smpai mengalirkan air mata (SERIUS!) *jgn ingat FILEM BAJET BESAR n PELAKON HEBAT je bleh mmbuatkan org menangis... tidak! air mata yg kluar time tngok video ni jauh lg berharga...

4. yoUnique
Blog kreatif lain dari yg len... sifu yg ajar aku basic mnggunakan excel ntuk lukis vector... walaupn bnyk lg blog len yg lebih hebat tp aku tetap pilih yg ni :D (bangga letuw tuan pnye blog)
Klu nak tempah vector atau design bleh singgah sini

5.  Demi Masa
Aku baru je berkenal-kenalan dgn blog ni.. n terus jatuh hati pada entri-entrinya yg ditulis kbnyakannya hasil pengalaman sendiri. Banyak yang aku belajar dari apa yg aku baca kat sini. dudel2nya juga sngat comel. walaupun tak sehebat n sefemes blog2 len tapi jika apa yg ditulis ikhlas dari hati, insyaAllah akan memikat hati pembaca.



*Aku mengalami tekanan mental yg agak dahsyat semasa ingin menyenaraikan 5 blog ni... sbnrnya bnyak lagi blog yg aku kira sama hebatnya tapi terpaksa juga pilih 5. aku ulangi, sume yg ade kt bloglist aku tu mmng Ohsem!



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Perkahwinan : Pintu ke Arah Cinta Sejati

Assalamualaikum....



Eh, sape yg kawen plak nih? aku ke? konfem bukan... :)
Vektor ni dilukis khas ntuk adik aku yg telah melangsungkan majlis perkahwinannya berbulan2 yg lepas. (tak aci langkah bendul)

Biarlah, dah jodoh nak buat camne, lgipun jika sudah ada calon, teruskanlah ke gerbang perkahwinan, mengelakkan fitnah dan menghindarkan dosa yang berpanjangan.

Apa gunanya kalau bercouple bertahun2, hidup bergelumang dosa, setiap masa berperang dengan nafsu, dan semestinya iman sentiasa tewas dengan desakan nafsu.

Umur bukan penghalang kepada sebuah ikatan perkahwinan. Jika sudah mampu, teruskanlah.
Tapi jika masih belum bersedia /tak mampu (kebanyakannya dari segi kewangan) atau belum bersedia mahu menjadi seorang suami/isteri usahla menggedik untuk mencari pasangan.

Lengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga, kerana perkahwinan ini untuk seumur hidup, bukan hanya di dunia malah sampai ke syurga. Itulah definisi sebuah CINTA SEJATI.

Cinta sejati bukanlah sehidup semati, kerana cinta sejati itu tiada penghujungnya. Kematian bukanlah penamatnya. Cuma permulaan kepada sebuah episod cinta yang baru, yang lebih indah dan romantik, CINTA di SYURGA. itupun jika kedua2 pasangan itu layak untuk ke syurga.

Nilailah kembali plot cinta yang kita garapkan pada episod hidup kita sebelum ini. Layakkah cinta itu mendapat keredhaan Allah, yang melayakkan kita mendapat CINTA di SYURGA?

-maaf jika kurang setuju, tapi itulah definisi cinta dalam kamus kehidupan aku-

(lukisan di atas menggunakan MS Excel n Photoshop)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 29 December 2011

Segmen cc : koleksi mini phone straps 2011

Assalamualaikum...


Nampak tak budak2 nakal yg cute dlm gmbar kat atas tu? sume tu sebenarnya koleksi mini phone straps yang dihasilkan sendiri oleh Cik Cempaka. memang cute giler walaupn black n white je sbb dia malas nak kaler
Memang dh lama aku tunggu saat camni... dah lama aku berkenan kt dudel2 yg dia lukis, cuma segan nak mintak, sbb aku ingat dia akan paham suatu hari nnti. tp smpai hari ni dia tak paham2 lgi.. haha

kalau boleh aku bukan nk 1 je, tp nk sume koleksi yg dia ade tu... biarla nk kata tamak ke ape.. jnji dpt :) 

kalau sape2 yg nak jugak, blehlah cuba nasib dgn join segmen ni... Klik SINI

nak tag Amin n kak zarini

Tapi korang jgnlah letak harapan tinggi sangat, sebab memng aku konfem dapat punye... (yelah tu)

*hidup kena konfiden.. :D


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 27 December 2011

MyDoodles : Jom Kembali ke Sekolah | malasnya nak bangun pagi!

Assalamualaikum....

Sedar atau tak, cuti skolah dah nak berakhir!! satu mimpi ngeri bgi budak2 yg malas nak bangun pagi sebab dah terbiasa bangun lambat time cuti2 ni (termasuklah aku, tapi aku bukan budak skolah ye)
 



syejuknyaa... ummi... mimi tanak gi skolah bleh? :)


Bukan senang nak bngun pagi nih... klu bukan sebab kena solat Subuh @ nak pegi sekolah@keje... memang ramaila makhluk2 yg terus sambung tido time2 camni... kan?kan?kan? haha
*biasanya lepas solat Subuh terus sambung balik tido...


Tapi pelik gak, kita sebenarnya bleh je bngun kalau pagi tu hari kerja atau ada temujanji... tapi susah giler nak bngun semata2 ntuk solat Subuh, smpai kadang2 terlepas waktu (sama ada x sengaja atau sengaja)


Apsal kita malas /susah sangat nak bangun tu?

Dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia mengatakan" 'Tidurlah engkau sepanjang malam.' Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwuduk, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpul. Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas"(Sahih Bukhari)



Tips bangun awal :

1.  Tido awal. 
ikut logik pun memangla. tido awal, bangun awal.

2. Setkan dalam kepala mesti bangun esok pagi.
Kalau dah memang niat x nak bngun gunalah ape cara pon memang takkan bangun punye.

3. Sebelum tido pastikan baca doa tidur, ayat kursi, surah al ikhlas, surah al falaq dan surah an Nas, kemudian berdoalah bersungguh-sungguh dalam hati agar tepat pada waktu Solat Subuh masuk agar Allah bangunkan kita. 

4. Korang ada henfon kan? bukan sebijik, kadang2 2-3 bijik sorang. haa, set la alarm guna sume henfon canggih yg korang ada tu. ape gunanya klu x guna time camni? baik campak dlm lubang jamban jela klu x nak guna. (jam loceng pun bleh)
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” 
(Hadis riwayat Muslim)


- Bangun awal, Solat Subuh, dan jom pi sekolah, baru berkat belajar tu, ilmu pun senang masuk-



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 26 December 2011

MyVector : Vector untuk Si Ratu Coding

Assalamualaikum....

Kali ni vektor ni aku lukis ntuk seorng warga WLA yg agak terer dalam bab-bab coding nih. Sumpah aku pening tengok coding2 yg ntahape2 tu. Nak buat yg simple pun dah menggagau...

Tapi Manzarina ni selamba je tenung benda tu berjam2 malah pling istimewa dia siap bleh melukis pakai coding lagi. camne dia buat malas plak aku nak ambik peduli, tkut aku bleh jadi sawan klu cuba nk fahamkan.

Kalau tak percaya bleh la skodeng2 blog dia ni... tp jgn pening plak tngok button2 yg berpuluh2 tu... kekompleksan blognya pun dah cukup ntuk mmbayangkan bagaimana berseliratnya sel2 neuron dalam otaknya sehingga mampu memikirkan camne nk buat sume tu... (ini satu pujian)

Inilah vektor yang agak mencabar.. (100% guna MS Excel)


Ntahla menjadi ke tidak nih... (manik2 kt tudung tu pling mncabar, perlukan tahap kesabaran setinggi puncak Kinabalu) ...dan ada aksesori yg terpaksa dibuang kerana aku sudah smpai ke kemuncak kesabaran... tak sanggup buat -_-!

Apepon harap tuan punye badan sudi la mendownload gambar nih....

p/s : sabar itu elemen penting jika mahu menyiapkan sesuatu kerja. jgn mudah menyerah kalah. cuba dulu sampai siap. hasilnya belakang kira. jnji puas hati semasa prosesnya.(yela tuu)

*sori atas kontroversi gambar sebelum ni... haha (saje2 test tahap kemachoan anda)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 23 December 2011

VIDEO : Oley! (Hudud)

Assalamualaikum...

Memandangkan sejak beberapa menjak nih negara kita kecoh berbahas mengenai hudud, tak kiralah daripada golongan ulama, pemimpin, golongan profesional, rakyat biasa, artis, hatta mat rempit sekalipun terlibat dalam perdebatan yang tidak berkesudahan ini.

Yang paling menyedihkan bila orang yang langsung tidak tahu pasal /kurang faham tentang hudud cuba mengeluarkan pendapat mereka lantas menyerlahkan kebodohan diri sendiri. Aku tak kisah jika mereka memang bodoh, tapi janganlah memperbodohkan agama semata2 mahu tunjuk kehebatan diri berhujah pincang.

Maaf, ini bukan entri politik, tetapi lebih kepada mahu membantu mengurangkan sedikit kekeliruan tentang hudud.... Jom layan Video ni... santai tapi penuh ilmiah dan berhikmah....



macam ni baru betul, bila sesuatu topik itu dibicarakan oleh ahli-ahlinya (orang yang tahu dan faham)
Semoga agama kita jauh daripada fitnah akibat salah faham kita sendiri, yang menyebabkan orang-orang bukan Islam semakin menjauh dari kita.

(video pendek ni bukanlah menjelaskan hudud secara keseluruhan, cuma memberi gambaran ringkas apa itu sebenarnya hudud )

Wallahua'lam... :)


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 22 December 2011

Blog, FB dan FB fanpage

Assalamualaikum.....



Macam aku pernah sebut dalam entri BLOG: Medan Menambah DOSA atau Peluang Menggandakan PAHALA?, kita boleh membuat pilihan sama ada kita mahu menjadikan teknologi serta kemudahan yang ada di depan mata kita ni sebagai medium untuk mengumpul pahala atau mengaut dosa? semuanya bergantung pada diri kita sendiri.

Tak berguna jika kita mempunyai follower/readers yg beribu-ribu jika apa yang kita sajikan kepada mereka hanyalah sesuatu yg bukan sahaja tidak bermanfaat malah melalaikan serta membawa kepada jauhnya kita daripada tujuan asal hidup kita.

Tak salah untuk berhibur tapi biarlah kena tempat, cara dan waktunya. Mungkin kita tak perasan tapi mungkin juga kita dah lama sedar, ke arah mana hala tuju penulisan serta apa yg kita hidangkan untuk pengunjung2 yang datang menjengah ke blog, group atau FB page kita.

Bukan aku mahu mengatakan aku sudah cukup bagus, tidak sama sekali. Aku juga sering tersasar dari landasan yg aku lalui. Tak salah menonjolkan sesuatu kelainan untuk menarik readers datang ke page kita, tapi biarlah diselitkan sesuatu yangmemberi manfaat kepada mereka dan juga kepada diri sendiri.

--------------------------------------------------------------

Terpanjang la plak intronya. Sebenarnya cuma nak bagitahu kewujudan FB Fanpage yg aku dah lama (belum sampai sebulan pun) create tp x sempat ntuk aku update dan urus dengan berhemah :)

Page tu sebenarnya kesinambungan daripada blog ni cuma lebih kepada koleksi doodle , komik serta poster yg aku lukis. Atau sebagai ringkasan kepd kndungan blog ni yg mngkin kdgkala artikel n entrinya pnjang berjela.



Gmbar ni aku gunakan sebagai profile picture yg bru bg FB Page tu

Dan kalau sudi bleh la exchange banner ngan aku....
kt tepi sidebar tu bleh copy code image ntuk banner... ada 2 jenis...


Yang saiz besar.. silap buat 


ni yang kecik sket

*cubaan pertama wat animated gif banner pakai PS



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 18 December 2011

myVector : Untuk Adam Junior dan Amar Marcell

Assalamualaikum...

Ni vektor yg aku lukis ntuk warga WLA ni...

Ok... ni ntuk Adam Izuddin


Adam Junior by Keri Ikhwan (MS Excel)

Sorila , aku pun x pasti sama ke tidak dgn gmbar asal sebab  gmbar asalnya kabur n tak berapa jelas...
Tapi Alhamdulillah, tuan punye badan suke bila tunjuk kt dia... kira berjaya la ni... :)

-------------------------------------------------------------------------

Yang kedua ni ntuk Jejaka Misteri bertopeng... pernah disalah sangka sebagai kamen rider suatu masa dulu....



Amar Marcel by Keri Ikhwan (MS Excel)

Jejaka Misteri ni bernama Amar Marcell... dia ada gak lukis vector ntuk aku...
Dia lukis pakai Photoshop... (aku fail klu lukis pakai phtoshop ni)



Keri Ikhwan by Amar Marcel

Muka jernih gila.... haha... tp memang smart lukisan dia.. nk tengok, bleh terjah blognya yg misteri tuu...



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

myVector : Vector trade ntuk CCI

Assalamualaikum...

First, nak ucap tq bebanyak kat akak sorang ni sebab sudi lukis doodle ntuk aku... walaupun versi jambu tp cute giler... aku memang suka sangat lukisan2 dia...



ni first time aku tengok cci wat dudel laki (kot)

thx gak sebab bg certificate ni... (dpt time join contest lukis dudel, walaupun kalah tp dpt sijil ni, bangga gak, bkn sume dpt haha)


dan yang ni.... aku lukis muka akak ni skali ngan anak dia yg super cute. maaf kalau hasilnya tak sama ngan asal. sebab aku hnya pra-amatur. nk dipanggil amatur pn blum layak...



(lukisan ni guna MS Excel)
harap cci sudi terima hasil tangan saya yg x seberapa ni.....
(ingat nk lukis muke mak nye saje, tp sebab anaknye cute giler, gatal je tangan sambung lukis lagi)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Segmen Isikan Dialog : Episod 3

Kalau belum baca Episod 1 dan Episod 2 bleh klik link tu...



Nak join? klik SINI

Kalau x nampak bleh right klik, open in new tab pastu bru zoom... :)

*3 entri hari ni... cover 5 hari xde intenet. ni pun intenet sementara je :D
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Segmen Isikan Dialog : Episod 2

Ni Episod dua...
dah baca Episod 1? kalau belum cepat baca!


Nak join? klik SINI

Kalau x nampak bleh right klik, open in new tab pastu bru zoom... :)
Jom layan Episod 3 plak...
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Segmen Isikan Dialog : Episod 1

Assalamualaikum...

5 hari (kot) tanpa internet! Azab giler.. haha... semua gara2 balik kampung... tapi x kisah, sebab semua tu terubat bila melayan karenah budak2 huduh kt rumah aku tu...
Entri ni sebenarnya nak tunaikan janji aku ngan seseorang ntuk sertai segmen/kontest yg dianjurkannya. Sori sebab lmbat publish walaupun dh siap lama dh menda ni...
(aku rasa tarikh tutup pun dh lepas tp peduli hape memang aku suka langgar dateline... penonton2 jgn tiru perangai saya ye)

Ada 3 Episod... ambek nih... moga enjoy dan mendapat manfaat dari apa yang cuba aku sampaikan :)
Tapi aku nk publish satu episod 1 entri.. hehe



Nak join? klik SINI

Kalau x nampak bleh right klik, open in new tab pastu bru zoom... :)
Jom layan Episod 2 dan Episod 3 plak ...
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 14 December 2011

Si Gadis Melayu Berbaju Syaitan...

Assalamualaikum.....

Aku minta maaf jika tajuk entri ini agak kasar bunyinya. Mngkin sebab aku rasa agak geram sket ngan satu peristiwa yg aku alami sendiri. Situasi ni sebenarnya biasa dialami , dan dilihat oleh semua orng, mngkin korang jugak pernah tengok cuma mngkin cara kita mentafsir dan menilainya berbeza.


Kisah ni berlaku minggu lepas, cam biasa aku ngan housemate aku merempit pegi kedai makan ntuk ... ntuk makanlaa... ape lagi. Kedai makan tu memang tempat kitorang selalu lepak singgah, dan makanan serta harganya berpatutan, lagipun ramai awek cun slalu lalu lalang kawasan tu.

Bukan nak cite pasal makan, tapi mengenai seorng pekerja perempuan ni(anak tuan punye kedai) yang pakai baju perghh! baju setan !!.. alaa.. bju sendat tanpa lengan yg sampai kite boleh usha2 bulu ketiak 4-5 helai tu... yg ketat gile2 sampai nampak segala bonjol -bonjol dan memudahkan kita menyukat kandungan lemak di badannya. (dan aku cuba bersangka baik, mana tau dia terlupa nak pakai baju, sebab baju yg dipakai tu layak buat baju dalam je) .


nilah baju syaitan tu....




sempatlah jugak aku snap bulu ketiak dia .. cuba korang bilang ada berapa helai...


Tapi kalau amoi pakai camtu aku x kisah la...lantaklaa... comel ape, tapi dia ni satu bangsa ngan aku (untuk pngetahuan korang aku Melayu ok) serta seagama dngan aku, ISLAM!

Selama ni pn memang pakaiannya tak menutup aurat tapi tak sedahsyat itu.Bila aku tengok je dia pakai camtu, terus aku rasa meluat giler (sorila) smpai hilang selera makan (aku cuma mampu habiskan sepinggan nasik je hari tu) ... serius, memang aku rasa sesuatu yang membuatkan hati aku ni pedih... rasa marah, sedih, meluat, tergoda, pelik, hairan dan berpuluh-puluh jenis serbuk perasa Babba's, Adabi, Linggam, Maggi tetiba timbul dalam fikiran aku.

Abnormalkah aku sebab rasa macam tu? Pelikkah kalau aku kata aku yang rasa malu bila melihat dan terserempak dengan keadaan macam tu? Bangangkah aku kalau aku rasa muka aku tebal gile dan rasa nk sorok je muka aku dalam lubang jamban tiap kali aku nmpak ada gadis2 Melayu yg rasanya masih Islam berpakaian mendedahkan aurat dan lebih hampir kepada tidak berpakaian? Memng pelik, sebab aku pun rasa pelik... kenapa aku plak yang lebih2 sedangkan si pelakunya bleh tersengih-sengih tiap kali ada yg mengusik dan mengorat kerana terangsang dengan keseksian diorang.

Cerita belum tamat lagi... Seterusnya episod yg sedikit sebanyak mengubat rasa sakit dan meluat yg aku rasa. Tetibe datanglah sorang lelaki bersama seorang anak perempuannya yg masih kecil, dlm 5 tahun kot. Yang aku tertarik sangat budak tu comel je bertudung dan nmpak cute giler. haha. Terus aku senyum sorang2. Takde yg perasan kot.
Terus aku dapat idea ntuk lukis doodle ni... thx adik tecik!


Masa tu ingin je aku jerit kuat-kuat:
Comelnya adik ni, kecik-kecik da pandai tutup aurat, nanti bila besar jangan jadi cam akak2 yg suka dedah sana, bukak sini tu yer? (tapi aku cuma sebut dalam hati jela, bukan berani sangat aku nk buat camtu, x pasal2 kena baling ngan pinggan)
Dan aku harap budak tu boleh kekalkan pemakaian yang sebegitu sehingga dia dewasa kelak. Insya Allah jika mendapat didikan yang betul. (sebab ada juga kes ibubapa yg suka pakaikan tudung pd anak diorang sebab nampak comel, bila besar tudung entah ke mana)


SOALAN AKU untuk gadis2 (yang dh hilang dara atau janda pun takpe) di luar sana:

Korang ada tak rasa MALU bila korang pakai tudung singkat (bg yg bertudung) serta baju sendat  yang membolehkan orang lain nampak bonjolan di dada korang tu? atau rasa bangga ke atau camne bila buat FREESHOW tnpa tiket dan bayaran camtu?
(ko nak kata aku miang ke gatal ke lucah ke tak kisahlah, sebab orng yg melakukannya aku rasa lebih miang, gatal, dan lucah drpada aku yg sekadar bertanya)
*kalau memang tak malu pun takpela, ramai lagi kaum sejenis korang yang akan tolong rasa malu untuk korang. Kesianlah mereka, tak pasal2 dapat malu sama, semata2 korang yng tk tau MALU.

p/s : mngkin aku takkan rasa cam yg aku rasa tu kalau orng yg pakai bju setan tu CUN GILER cam model tahap 7 bintang. haha. setakat model taraf taik bintang takyahla pakai camtu.. ptuiih!
(mngkin teguran ini agak kasar, sebab aku cuba menjadikannya santai)

 - monolog by keriikhwan -




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 12 December 2011

DEMI MASA | Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

 

 

Al-’Asr 103: (1-3)

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Design 1


Design 2 



Sedar atau tidak, semakin bertambah detik yang berlalu, semakin kurang pula jumlah masa yang tinggal untuk kita berada di dunia .... bila2 masa sahaja tempoh itu akan berakhir.... sememangnya kita tak akan tahu bila saat itu akan tiba. 


--------------------------------------------------------------------

Kali ni WLA megadakan jualan mega sempena Year End Sale.... jom usha2 jam dinding yang menarik ni... (Aktiviti kali ni adalah idea dan cadangan aku sendiri)



Jam 3D oleh Adam Azman



Jam rekaan moden Fahmi Mahat




Jam set makan oleh Amalina




Jam bunga matahari oleh Amin




jam painting oleh Amna




1 Hari 1 Warna : BiQa





Jam comel by CCI




Jam Kaki oleh Fyfy




Jam baju baby Hadi




Jam Emas oleh Manzarina





jam bear oleh Ory Candy




Jam cikgu oleh Puteri Nur Aqilah





Jam love by Syamimi



Jam doodle by kak Zarini


Jam chipsmore oleh MIJ


 Jam Donut WLA oleh Nurdani



Jam Lady bird oleh Kak Nor



Jam Papa n Mama by Dysha


Jam Masa oleh Syarafi

Dan...


Jam Beskal oleh Ceq Mar


Mereka kreatif, anda juga kreatif, bezanya percaya dengan diri sendiri, atau tidak. :)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 11 December 2011

myDOODLES : Freebies Budak cute bertudung

Assalamualaikum....

Time dok menconteng dan explore kat Photoshop.... tetibe terciptalah satu watak doodle yg aku rasa agak cute (bagi aku la) haha...

siap je lukis, rasa cam best plak main tukar2 warna... dan hasilnya............


pesanan daripada adik cumil ni :

ITEW SUKE TUTUP AURAT ...ITEW SUKE PAKAI TUDUNG... NANTI ALLAH SUKE ITEW....
ITEW TAKUT ALLAH MARAH ITEW... MARAH UMI ITEW...MARAH ABAH ITEW....
ITEW TAKUT ALLAH BAKAR ITEW DALAM NERAKA KALAU ITEW TAK TUTUP URAT EH AURAT... HIHI... CILAP PULAK...   :)















KAKA, ABANG, TAWAN2, ACIK, JOMLA SAME2 TUTUP AURAT, TAPE, SIKET JE PANAS KAT DUNIA NI... USTAJAH KATE, KAT NERAKA LAAAAGI PANAS...
EEEE.... TAKUTNYE ITEWW...

*itew bukan gedix cam kaka-kaka kat FB tuu... itew cakap cenggini cebab itew tecik lagii... baru je pandai cakap... umi itew ajar... cayang umiii....


Ini adalah freebies jadi suka hati koranglah nk cut n paste ke nk curi ke pastu nk buat ape pon buatlah...
tu pun kalau ada orng ambik... klu xde biarlah jadi khazanah kat sini jer... :)

p/s : moga menjadi peringatan supaya menjaga aurat kita... tengok budak kecik pun boleh tutup aurat... jadi mengapa kita tak boleh? ha... jawab, jgn x jawab.. (eh bukan jawab kat sini, smpan jwapn tu dulu, jwab bila Allah tnya kelak)


- monolog by keriikhw@n -





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...