Wednesday, 5 October 2011

DOA buat SAHABATku SI PEROKOK...




Buat Sahabatku Si  PEROKOK,

Saya tidak MEROKOK, tapi saya terpaksa merokok bila ada orng yang meROKOK di sekeliling saya... saya mampu berjimat kerana saya dapat menyedut asap ROKOK tanpa saya perlu mengeluarkan sesen pun WANG saya... 
Terima Kasih kepada PEROKOK yg sangat bermurah hati sudi berkongsi asap rokok dangan saya. 

TAPI, andainya satu hari nanti saya ditakdirkan menghidap penyakit yang berpunca daripada ASAP ROKOK ini, saya TIDAK REDHA kepada orng yang menjadi punca saya MENYEDUT asap itu...  yang telah menghembuskan RACUN-RACUN ke dalam paru-paru saya tanpa keizinan saya...

TAPI andainya satu hari nanti ALLAH membuka pintu HATInya untuk insaf, berTAUBAT dan BERHENTI MEROKOK, maka saat itu, saya REDHA dan MAAFkan segala kesalahannya, walaupun ketika itu ROH saya sudah BERPISAH daripada JASAD...   
hatta kematian saya disebabkan oleh penyakit2 yg timbul drpd kesan menyedut ASAP itu....

Ya ALLAH, 

Rahmatilah sahabatku SI PEROKOK, kurniakanlah kepadanya kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, keluarga yang bahagia, ilmu yang bermanfaat, keampunan dan maghfirah-MU kepadanya.

TAPI YA ALLAH,

ABAIKANLAH DOAku ini seandainya sahabatku ini masih lagi seorang PEROKOK, masih lagi belum berhenti daripada tabiatnya itu. Kabulkanlah doaku saat dia bertekad untuk berhenti dari MEROKOK...


Ikhlas daripada,

Keri Ikhwan (Si PEROKOK SEKUNDER)


- monolog by keriikhwan -


anda dibenarkan untuk share, copy paste atau print, cuma kalau rajin, link kan balik ke blog ini... supaya semua orng mendapat manfaatnya...



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...