Thursday, 27 October 2011

Lagi-lagi Cinta : DOA UNTUK COUPLE?

 
Aku dah boring sebenarnya nak cakap pasal tajuk camni, tapi terpaksa.
Aku merasa terpanggil lagi untuk menegur. Sebab terlalu banyak situasi ni yang berlaku.
Ok, malas panjang-panjang. Straight to da point.

Hari ini, seperti hari –hari yang telah berlalu, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lembut menyapa wajahku . Aku membiarkan rambutku yang panjang mengurai....
EH? Pekejadah plak aku mengarut nih? Tetiba ayat berbunga ala2 novel plak yg keluar...mengarut!

Ok, skang ni betul-betul punye...
Aku tengok kat FB, Entri blog, komen, twitter(walaupun aku xde twitter, aku teka je) dan apa2 yg sewaktu dengannya asyik post pasal cinta... itu biasala...
Tapi yang aku agak terkilan sket bila ramai plak yg tiba2 jadi ustaz/ustazah atau pada pandangan aku mereka konon-kononnya nak tunjuk bahawa mereka tak melupakan Allah walaupun berCOUPLE.
Bnyak plak status pasal mendoakan supaya hubungn diorang (BF ngan GF) supaya dirahmati Allah dan supaya berkekalan bahagia.. Waddefish? (Tetiba aku emo plak...sori)

Contohnya bila diorang tengah gaduh, hmpir2 clash (time ni baru ingat Tuhan):


“Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Kau lembutkanlah hatinya untuk memaafkan aku., menerima aku kembali”

Atau

“Ya Allah, kekalkanlah hubungan kami, berkatilah cinta kami , sehingga ke jinjang pelamin”

(lebih kurang camtulah, aku pun tak berapa ingat)

Dah terang-terang diorang berCOUPLE tu HARAM, pegi DATING berdua-duaan tu HARAM, bersentuh-sentuhan(bukan main tuduh je, ada gambar lagi) tu HARAM, err tetiba wat MUKA TAK MALU minta hubungan yang HARAM tu diberkati?

WOW! Berani siot! Samalah kesnya berdoa supaya majlis maksiat yang dianjurkan supaya mendapat berkat Allah dan dilindungi-Nya... (konsert ke, ape-ape jela)

Cinta yg tak diredhai Allah, layakkah kita memohon kepada-Nya untuk diberkati?

Ko jawab, layak ke? Pikirla sendiri, aku malas nak jawab....
Kalau korang dah kahwin or dah tunang (mksudnya betul-betul hubungan serius ke arah perkahwinan) barulah layak berdoa macam tu.
Kalau setakat couple cinta monyet yang belum tentu hala tujunya tu x payahlah tunjuk baik camtu... haktuiih!

Sekian...

haktuiih!! (pergh! hijau ) 


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...