Friday, 14 October 2011

DUNIA INI SUDAH GOYANG! BALA APAKAH INI?



(entri terlambat publish sebab xde intenet)
11/10/11- Selasa 10.00pm – Kompleks Belia Paroi, ceh macam berita plak.
Macam ni ceritanya, hari Selasa lepas aku ada la pegi main badminton ngan geng-geng sempoi ni kat satu tempat (Dewan Badminton la)... dari pukul 8mlm-10mlm, lepas habis tu ramai2 serbu gelanggang futsal plak... 

Tapi aku malas nak main futsal, bukan terer sangat pon... jadi aku ambik keputusan ntuk berjogging pusing trek larian tu sebanyak 124 kali pusingan (1 pusingan 400m) –suka hati la nak percaya ke tak-
Bukan mende tu yang aku nak cerita, tapi suasana kt Kompleks tu yang aku nak HIGHLIGHTKAN.
Meriahnya lain macam, rupanya ada satu program  Senamrobik tengah dijalankan. Senamrobik tu dikendalikan oleh beberapa orang instruktor lelaki dan perempuan.

Wah, bagus betul orang-orang sini, malam-malam dipenuhi ngan aktiviti yg berfaedah, bersenam mengeluarkan peluh, sangat-sangatlah bertepatan dengan saranan kerajaan yang menggalakkan rakyatnya menjaga kesihatan.

Tapi, aktiviti yang cukup baik itu telah tercemar dengan pemandangan yang cukup mencacatkan mata dan menggetarkan naluri... (cewah)
Pergh, awek ramai siot! Lawa –lawa seksi-seksi plak tu.. adakah mereka cuba menggoda aku? (perasan)

Ya, itula masalahnya, bayangkan apabila seorang gadis(ntahle gadis ke tak) terkinja-kinja dan meliuk lentokkan badannya mengikut irama dan rentak lagu yang dipasang dengan fesyen yang cukup menjolok mata sampai tembus... maka terserlahlah kegedikan dan ketidaksopanannya.

Bayangkan di tempat yang terbuka macam tu, dengan percampuran antara lelaki dan perempuan dengan selambanya mereka boleh menari-nari dengan over nya tanpa rasa malu walau sedikitpun.
Malah ramai lelaki-lelaki yang pada asalnya berniat murni mahu berjogging turut sama bertenggek untuk menonton siaran percuma tanpa iklan berbayar itu. FREE kot... hehe

Rata-ratanya terdiri daripada perempuan2 Melayu yang aku yakin agmanya adalah Islam. Bukan saja gadis-gadis , tapi makcik2 pon x kurang hebat gerak tari dan fesyen pakaiannya.

99% yang terlibat tidak menutup aurat, sama ada free hair, baju sendat, seluar ketat atau ada yang bertudung tapi menggayakan FESYEN LUCAH iaitu memakai legging(sejenis seluar ketat yang mengikut bentuk kaki)...

Sejenak aku terkedu, mereka saudara sebangsa aku, yang sama agamanya dengan aku, walaupun aku bukannya baik sangat tapi teramat sedih bila melihat situsi camtu.
Apabila seorang yang beragama Islam tidak dapat dibezakan dengan orang bukan Islam, apa maknanya? Dari segi berpakaian memang langsung tiada bezanya anak2 gadis atau bini-bini mahupun janda orang itu dengan mereka yang bukan beragama Islam malah kadangkala pakaian orang bukan Islam lebih sopan gayanya.

Bencana apakah ini yang telah menimpa bangsa kita? Fitnah apakah ini yang telah melanda Agama kita? Tiada lagikah rasa malu walau secebis cuma di hati mereka untuk berkelakuan begitu?

Err... Tiada rasa bersalahkan di hati para Sang Ketua keluarga menyaksikan ahli-ahli keluarganya menrendahkan martabat diri sehina itu sedangkan Islam telah menggariskan panduan yang cukup indah yang mengangkat darjat seorang wanita melebihi taraf seorang permaisuri mahupun seorang ratu...

Inilah fenomena luarbiasa yang telah menjadi biasa di negara kita. Inikah bayaran yang harus kita langsaikan demi sebuah kemajuan dan kemodenan?
Dengan menggadaikan akhlak dan maruah agama sendiri?

Aneh, sungguh aneh, bila maksiat dilakukan berleluasa tapi disokong ramai pihak sedangkan program keagamaan dipandang sepi malah diserbu dan dihalang kerana tiada pengiktirafan.
Adakah bermakna maksiat sebegini mendapat pengiktiran dan tauliah sehingga boleh dilakukan terang-terangan di tempat awam?

BESAR SANGATKAH TAULIAH DARIPADA MANUSIA SEHINGGA MENIDAKKAN TAULIAH DARIPADA PEMBERI SEGALA TAULIAH, ALLAH SWT?

Aku sudah emo, jadi baik aku berenti di sini, fikir-fikirkan apa yang cuba aku sampaikan.


- monolog by keriikhwan -



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...