Tuesday, 25 October 2011

What women should know? (tajuk je omputih)


Sejak beberapa menjak ni aku ada ternampak ramai lak pendamba-pendamba cinta yg dok mengepos ayat-ayat cinta yg berbunyi seprti dlm gambar kt bawah ni,,,

Maka ramailah penge’like’-penge’like’ tegar dan penge’share’-penge’share’ sepenuh masa yg berduyun-duyun mengelike dan mengeshare status tersebut… 
Ade je quote pasal cinta maka otomatik ramai yg suka dan tersengih-sengih…
Aku bukan cemburu ke ape, jealous jauh sekali..

Cuma aku tertarik dengan sebaris ayat dlm status tersebut…

a man who truly loves you, will never let you go, no matter how hard the situation is.

 Maksudnya: seorang lelaki yang benar-benar mencintai kamu, tidak akan membiarkan kamu pergi, tidak kira   dalam apa jua situasi pun.

(aku tak minat nak hurai bahagian pasal what men should know tu)

Ada benarnya juga ayat tersebut, tapi ruang lingkup penggunaannya agak terhad..(bagi aku la)
Kenapa? Sebab ayat tuu sangatla sweetnya jika man/lelaki tu adalah ditujukan kepada seorang suami, tapi jika belum kahwin? Atau secara khususnya kepada BF(couple)?

Jika ditafsir drpd ayat tu semacam satu kewajipan bagi lelaki yg mencintai seseorang gadis untuk mempertahankan cintanya tak kira apa jenis badai dan tsunami yang melanda…

Atau dengan kata lainnya CINTA adalah dengan memiliki, bersama sehingga ke akhir hayat… betul ke?

Pernah dengar falsafah CINTA TAK SEMESTI MEMILIKI? Sangat ironi jika dipadankan dengan status tersebut.. kan?

Seseorang lelaki yang tidak mempertahankan cintanya sehingga akhir adalah pengkhianat cinta? Jika korang setuju bermakna masih ada yg perlu dipelajari tentang cinta…

Cinta tak semestinya memiliki, atau perlu dipertahankan walau apa pun cagaran/ gadaiannya…

Jika kita tahu, cinta itu tak akan membahagiakan? Patutkah ianya dipertahankan?
Jika lelaki yang jatuh cinta itu belum bersedia untuk menanggung “beban” cinta itu, patutkah diteruskan?
Jika cinta itu bakal melukakan banyak pihak, patutkah ianya terus disanjung?
Jika cinta itu menjerumuskan kita ke arah kebinasaan, masihkah perlu ia diagungkan?
Jika cinta itu tidak direstui kedua ibubapa, adakah bahagia masih boleh menjadi titik noktahnya?
Jika cinta itu membawa kemurkaan Allah, patutkah cinta itu diangkat darjatnya melebihi agungya cinta kepada Allah?

Sanggupkah kamu wahai lelaki mempertahankan CINTA yang sebegitu? Semata-mata memenuhi rasa cinta bertunjangkan NAFSU?
Mempertahankan cinta dengan menggadaikan maruah?
Dengan menginjakkan agama?

Percayalah, kerana CINTA, kita kadang kala harus melepaskan orang yang kita sayang pergi, demi kebaikan bersama…
Jangan terlalu obses dengan cinta, sehingga mengenepikan semua pandangan dan nasihat orang-orang yang ingin melihat kita bahagia…
Jangan terlalu obsess dengan cinta, sehingga mengabaikan tunas-tunas cinta yang lebih indah yang sedang mekar berkembang di sekeliling kita…
Jangan terlalu obsess dengan cinta, sehingga kita berpaling dari cinta yang Agung, cinta kepada Allah..,

Lepaskanlah, biarkan dia pergi, andainya kamu masih belum bersedia untuk mengikatnya dengan tali yang sah…

Yakinlah, dia pasti kembali, kamu pasti akan bertemu semula , demi menyemai cinta yang halal supaya dapat menuai hasil cinta yang indah di syurga…

P/S: lelaki buaya darat dan kasanova tidak termasuk dlm kategori lelaki yg sedang dibincangkan skang..

seorang lelaki yang benar-benar mencintai kamu, akan melepaskan kamu pergi, apabila perpisahan itu lebih baik bagi kedua-duanya, walaupun perpisahan itu sangat perit.

Janganlah mendabik dada mengatakan akulah HERO CINTA, yang sanggup berkorban apa saja demi cinta, jika pengorbanan itu membawa kemurkaan Allah…

 - monolog by keriikhwan -


Cer baca Yang Nii...



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...