Tuesday, 25 October 2011

edisi jiwang : “ CITA, AKU CINTA PADAMU....”


Keliru? Duduk sekejap dan fikir...    
Penat? terasa jalan yang ditempuh terlalu sukar?
Usah mengalah, Anda tidak berseorangan :)


Aku bukan seorang doktor cinta, bukan juga pakar cinta, jauh sekali Dewa Cinta, tapi hari ini aku tetap mahu membicarakan sebuah ceritera cinta... sebuah cinta yang sering dilupakan manusia, terutamanya sesetengah para remaja sekolah dan mahasiswa universiti yang terlalu sibuk mengejar cinta yg bukan hak mereka sehingga mengabaikan sebuah cinta yg sepatutnya mereka damba, sebuah cinta yg sepatutnya senantiasa mekar, harum mewangi di dalam jiwa mereka.... CINTA kepada CITA....

Jika dilihat fenomena hari ini, ramai remaja terperangkap, dalam mengejar CITA-CITA, mereka terkandas dek indahnya fantasia CINTA kepada CINTA, yang sememangnya buta, jika terbit rasa itu dari sekeping hati yang buta. Hati yang bersalut NAFSU. Nafsu sering melulu, mengatakan YA kepada kebatilan, dan sering menidakkan kebenaran. Jika dituruti rasa itu, bercelarulah hati yang asalnya suci itu.

Cinta, tak semestinya didefinisikan sebagai 2 hati sepasang merpati dua sejoli bersatu atas rasa yang sama. Cinta terlalu luas definisinya, tak terhurai walau 5 hari 5 malam...

Rahmat Allah kepada hambaNya, itu juga CINTA.
Rindu seorang hamba kepada Rabbnya, itu juga CINTA.
Kasih seorang IBU atau AYAH kepada anaknya, itu juga CINTA.
Sayang seorang anak kepada IBUBAPAnya, itu juga CINTA.
Prihatin seorang SAHABAT, itu juga CINTA.
Dahaga seorang pencinta pengetahuan terhadap ILMU, itu juga CINTA.
Teguhnya mengejar CITA-CITA, itu juga CINTA.

Dari kecil sampai sekarang, kita sering mendengar kata “KEJARLAH CITA-CITA SEBELUM CINTA”

Anda setuju? Mungkin aku juga setuju jika dilihat daripada satu sudut yang spesifik, jika CINTA yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah cinta antara pasangan lelaki dan perempuan yang tidak halal.

Tapi jika dilihat dari sudut yang lebih luas, aku TAK AKAN SETUJU dengan pernyataan itu.
Kenapa? Kerana bagi aku, CINTA dan CITA-CITA itu bergerak seiringan, saling memperteguh dan melengkapi antara satu sama lain.

Teguhnya hati untuk mengejar CITA-CITA akan goyah dan longlai tanpa sokongan CINTA. Tetapi harus diingat, CINTA yang bagaimana?

Cinta kepada CITA, adalah sangat berkait rapat dengan RAJA segala CINTA, CINTA kepada PENCIPTA, CINTA kepada ALLAH...

Mustahil seseorang itu boleh mencapai cita-citanya tanpa CINTA dari Allah, Ibubapa, saudara mara, guru-guru dan  kawan-kawan.

Ramai antara kita yang berjaya di dunia, menyangka Cita-cita mereka telah tercapai dan terlaksana tetapi sebenarnya mereka terlupa kepada cita –cita utama yang sepatutnya tersemat dalam diri kita: CITA-CITA untuk menggapai kejayaan di dunia dan AKHIRAT.

Bercintalah dengan CITA-CITA, Insya Allah pada masa yang sama kita akan menggarap CINTA daripada segala sudut, dan segenap ruang hati kita akan dipenuhi CINTA daripada orang-orang yang kita harapkan.

CINTA ITU CITA-CITA dan CITA-CITA ITU ADALAH CINTA

Wahai sahabat,
Ingatlah dikau akan suatu perkara…
Hidup tanpa cinta…
Ialah hidup tanpa cita-cita…
Cinta yang terbaik…
Ialah cinta yang bertalian dengan cita-cita…
Ayuh!!! Jadikan cita-citamu sebagai cinta…

Apa tunggu lagi... luahkan rasa Cinta mu itu pada “si dia” yg setia menanti...
“CITA, aku CINTA padamu”...  :D

 Cita-citaku adalah menggapai cinta
Cita, aku CINTA padamu

- monolog by keriikhwan -



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...