Saturday, 1 October 2011

entri Panas Telinga: CINTA MONYET vs CINTA MANUSIA

ini adalah lanjutan kepada entri : Apabila Manusia berEVOLUSI menjadi Monyet


di sini aku berusaha menyenaraikan beberapa perbezaan antara  CINTA MONYET dengan CINTA MANUSIA..


CINTA MONYET vs CINTA MANUSIA

Cinta Seekor Monyet

1-didasari nafsu semata-mata 

2- demi keseronokan tanpa tujuan yang pasti

3-hanya untuk memenuhi keinginan seksual : nk mengawan je keje

4-tertarik dengan rupa bentuk fizikal 

5-modus operandi: terus berjumpa dengan pasangan dan menyatakan tujuan menjadikannya pasangan

6-berdating tanpa batas-batas pergaulan : berjumpa kerana keinginan nafsu

7-terdedah kepada fitnah dan bahaya zina

8- perhubungan yang tidak pasti

9-mengganggu pemikiran normal dan menerbitkan keresahan jiwa

10- kebanyakannya adalah jenis “Touch n Go” , bila dah mendapat apa yang dihajati/ gagal mendapat apa yg dihajati, perhubungan ditamatkan.


Cinta seorang Manusia

1-didasari iman , cinta kerana Allah 

2- untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di Akhirat

3-bukan semata untuk memenuhi nafsu seksual, tetapi memnuhi fitrah kejadian manusia

4- tertarik dengan faktor agama, akhlak, kedudukan kewangan yang baik, keturunan dan rupa.

5- mendekati walinya untuk berbincang mengenai tujuan dan keinginannya

6-menjaga batas-batas pergaulan : berjumpa kerana keperluan, ditemani mahram yang dipercayai akhlaknya.

7- berusaha memelihara maruah dan kesucian masing-masing

8- perhubungan ke arah perkahwinan : dengan tujuan berkahwin

9- menerbitkan KEBAHAGIAAN, ketenangan dan kedamaian jiwa

10-berkekalan sehingga ke akhir hayat, perpisahan hanya berlaku atas sebab2 yg tidak boleh dielakkan, setelah berusaha mempertahankannya.



Jadi, sila pastikan sama ada anda atau pasangan anda benar-benar seorang manusia, bukannya seekor monyet!

AWAS! kerana di kalangan monyet2 itu ada yang akan berevolusi menjadi seekor BUAYA , yg akan menggigit anda dan meratah anda tanpa belas kasihan!

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Isra’ ayat 32)


- monolog by keriikhwan -




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

1 comment:

  1. Salam, wahh bagusnya entry ni, senang baca dan mudah faham..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...