Monday 2 January 2012

VIDEO: Ceramah Ustaz Azhar Idrus feat Zizan |Countdown New Year 2012 (ringkasan)

Assalamualaikum...

Ni aku nak kongsi video ceramah Ustz Azhar Idrus bersama Zizan (Raja Lawak) . Video ni dirakam semasa majlis Countdown 2012 di Dataran Shah Alam 31 Disember lalu....
Satu alternatif yang cukup bijak malah telah menarik minat berpuluh2 ribu pengunjung.... (lebih kurang 70k yg hadir)
Satu gabungan yg agak pelik tapi impaknya mengagumkan :)




Ini antara ringkasan soalan2 yang diajukan pada malam tu dan dijawab oleh Ustz Azhar :
Aku cuba ringkaskan soalan dan jawapan yang ada, dalam bentuk rumusan, mana tau ada yg pakai berukban , takleh nak tengok video ni... memang rugila klu tak tengok... banyak ilmu+kelakar gila.
Zizan sebagai pembaca soalan dan Ustz Azhar menjawab:


Soalan 1:
Apakah hukum countdown newyear?

Ustz Azhar : Sambutan tak haram tapi cara menyambutnya jika disertai dengan perkara2 yang haram dan melalaikan akan menyebabkannya haram. Macam babi la. tengok x haram, tp makan haram

zizan: babi ni nok halal, letok Q. jadi babi Q (barbeque)  *x pasal2 aku tergelak guling2


Soalan 2:
Apakah hukum main bunga api

Ustz Azhar :Hukum main fireworks sama ada makruh/haram. Jika kuantitinya jumlah sedikit makruh tp jika sampai menggunakan harta rakyat dengan jumlah besar adalah haram kerana pembaziran. Pastikan segala kemudahan dan fasiliti untuk rakyat lengkap dulu.

Zizan : Tuulaa.. kadang2 orang silap, dok pentingkan bunga api, bunga tayar taknak tukar... sampai terbabas2


Soalan 3:
Langgar lampu merah dibolehkan?

Ustz Azhar : Jika keadaan selamat, tiada kereta lain, dibolehkan jalan walaupun lampu merah (biasanya waktu tengah malam), tapi kena pastikan keadaan betul2 selamat.
Langgar lampu merah tak haram, tapi langgar tiang lampu baru haram, merosakkan harta awam, wahaha.. tergelak sorang2 aku...

Zizan : Klu tengah malam jgn tunggu lampu merah, takut hantu bonceng datang.. haha


Soalan 4:
Betulkah alat muzik itu najis? *pelik tol soklan haha

Ustz Azhar : betul la najis. Gitar yg kena tahik ayam mmng la najis. haha
Bermain muzik tak haram tapi jika sampai melalaikan kita drpd mengingati Allah serta menyebabkan kita terlupa menunaikan kewajiban kita sebg orng Islam, maka barulah Haram. Bergantung kepada orng yg memainkannya.

Zizan : tapi dengar najis, saya x penah pluck gitar dlm jamban.


Soalan 5:
Haritu saye bawak kereta melalui highway LPT, saye tembor Laju sebab xde orang mase tu,meter kereta saye 180 km/j, tibetibe ustad potong berdesup saye laju macam PELESIT, JADI soalan dia berapa meter kereta ustad semase potong.. *ni soklan mengarut haha

Ustz Azhar : meter kereta ada satu je. Time takdok orang baru laju. jange kabor ko JPJ. klu dio mari pun wat senyap sudah. haha
(untuk jwapan penuh sila tonton video)

Zizan : pelik soalan nih ustaz. Tapi Subaru kite slow je


Soalan 6:
Kalu suara isteri xsedap..kena nyanyi hiburkan suami jugak ke?

Ustz Azhar : Sebenarnya bkn isteri wajib nyanyi, tapi wajib isteri menghiburkan suami. biar suara x sedap pun tp nyanyila smbil2 nak tido " empat belas melintang jalurnyaa..." (ustz nyanyi lagu Jalur Gemilang)
Isteri solehah penghibur hati suami.

Zizan : betul,betul , ustad, tapi saya taktau sbb saya tak kawen lagi... kahkah


Soalan 7:
Pendapat Ustaz mengenai hiburan?

Ustz Azhar : Manusia memang sukakan hiburan, tapi manusia bukannya dicipta untuk berhibur sahaja. Kita bermain/berhibur/bersukan untk menghilangkan kelesuan/boring. Dibenarkan cuma jangan sampai melalaikan.

Zizan : lebih kurang gitar tadi la ustad? kita terliur tengok gitar sham kamikaze. sket agi kito main gitar pulok... *pastu masuk cerita maharaja lawak... kena kutuk ngn ustz Azhar.. haha


Soalan 8:
Ustaz kata, Orang perempuan x wajib pakai tudung, betul ke?

Ustaz Azhar : betul la. pakai tudung x wajib, yang wajib tu tutup aurat. Walaupun x pakai tudung tapi asalkan rambut tutup (cntoh pakai baldi kt kepala, haha). Tak guna klu pakai tudung tapi pakai ketat kain terbelah. 2 syarat tutup aurat, tak nmpak tubuh, tak nmpak bntuk tubuh.

Zizan : (time dia menyampuk xleh blah)


Soalan 9:
Batalkah solat jika anak kecil naik atas riba ketika sedang tahiyat awal?

Ustz Azhar : tak de masalah selagi budak tu takde najis atau tak menanggung najis. klau ada najis alihkan ke tepi. tak batal. (contoh kisah Saiyidina Hasan dan Husin semasa kecik).

Zizan : ........... (xde dialog pelik..)


Soalan 10:
Bakpe Ustaz tak berpasangan ngn Zizan  masuk Raja Lawak? *ape menda soklan ni.. haha

Ustz Azhar : saya buat lawak sbab nk tarik golongan muda sukakan ilmu agama. bkan nk msuk raja lawak.
Saya x masuk R.Lawak sebab taku menang je, nanti hadiah tu Zizan bolot semua.. haha adoi

Zizan : tapi betul kata ustad, orng2 yg kelakor ni orang cepat suka (puji dri sndiri)

Soalan 11:
Hukum tengok cerita hantu? Sampai takut nak gi dapur

Ustz Azhar : Lama dh tunggu soklan ni nak katok (kutuk) mung (sambil pandang Zizan).. haha
Tak salah tengok cerita hantu tp jangan sampai takut lebih2. Pesen otak tak berapa segar kalu sampai takut padahal dah tahu hantu tu semuanya hanya lakonan. Yang kita patut takut bila dengar cerita2 drpd al-Quran.
*part ni kelakar gila ...Minit ke 45+++...

Zizan : kito tengok cite hantu tak rajin takut ustad... *Zizan asyik terkena je ngan ustz part ni haha


Soalan 12:
Nak derma RM10..tp termasuk RM50. Boleh minta balik tak duit tersebut?

Ustz Azhar : Boleh mintak balik tapi kena yakinkan AJK masjid  tu laa. Tapi lebih baik halalkan je. Klu nak mntak balik jgn wat tiap2 malam pulok, nnti takde orng percaya... haha

Zizan : Nasihat saya klu nak wat tiap2 malam, pastikan buat kat masjid yang berlainan.. wahaha..


Soalan 13:
Kenapa wanita suka berbelanja? *time Zizan baca soklan ni ustz sibuk dok ambik gambar, tak layan soklan Zizan... lawak gile , *sila tengok sndiri

Ustz Azhar : Memang sifat orang perempuan ni suka berbelanja, membeli, macam kanak2 yg sukakan permainan. Tuhan atur molek dah, suami tukang cari duit, isteri tukang perabih duit. Jangn marah sebab jasa isteri ni besar.

Zizan : gelak tak berenti2...


Soalan 14 :
Saya seorang taat agama, rajin. Boleh saya jadi menantu Ustad?

Ustz Azhar : Takde masalah  asal baik, ada agama, jangan hok jadi pelakon tok tahu bendo (sambil gelak pandang Zizan)... untuk pilih suami kena pilih orang baik tak semestinya kena seorang ustaz..

Zizan : takde beza.. takde beza.. (nk bgtau dia layak jd menantu letuw)


Soalan Terakhir:
Hukum ambil wuduk dalam keadaan bogel.

Ustz Azhar : Haram dan dilaknat oleh Allah jika ambil wuduk bogel(semua penonton terdiam) di tempat awam yang ada ramai orang tengok... hahaha... pecah perut gelak
Tiada nas berkaitan hal ni, tapi ada pandangan ulama yang mengatakan haram sebab wuduk ibadah. dan ada pendapat mengatakan makruh.

Zizan : Angry Bird... (tngok video ntuk soklan 11 ntuk paham)

 -------------------------------------------------

Alhamdulillah, habis gak aku tengok video ni. Sambil2 tengok sambil taip entri ni... memang kelakar habis. Aku start tengok pkul 2.30am +++ dan habis beberapa belas minit sebelum Subuh (tak tido la ni) ... terpaksa pause, ulang blik sebab nk taip entri ni. tp memang takde rasa ngantuk time layan video ni.. Best...
Bayangkan sampai Zizan bleh tergelak-gelak dengar ceramah ni... da macam tengok Maharaja Lawak  plak...

Semoga apa yg dipaparkan ni memberi sesuatu yang bermanfaat kepada kita. satu bentuk hiburan yang sarat dengan ilmu yang berguna.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

11 comments:

  1. mohon uploadkan full video !

    ReplyDelete
  2. ada ramai kot yg upload video ni kat fb..kelakar tapi ada pengajaran

    ReplyDelete
  3. haha..lawaknya...tapi full of content la...

    ReplyDelete
  4. NUK : full event punye x jmpa la... kt utube bnyak tp dia sekerat2 la

    Azzah : santai n sempoi

    Fakhrudin : bru x boring kan? :)

    ReplyDelete
  5. keduanya makna cuma cara yang berbeza =)

    ReplyDelete
  6. akak pun dah tengok..
    kelakar..
    boleh pecah perut tengok zizan..heheh

    ReplyDelete
  7. 3no : 2 orng dr bidang berbeza berada d pntas yg sama.

    kak diana : gaya pun dh bleh buat org ketawa

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..keri keyro hehhe
    habis jugak akak nengoknya hehehe

    ReplyDelete
  9. rugi tak dapat nak tgk..huhu..
    tp ada pembetulan la,katok tu bukannya kutuk..katok=ketuk..hehe..

    ReplyDelete
  10. Kak Nor : tahniah.. ^_^

    nurul : katok brgntung pd situasi ayat gak... katok=pukul=ketuk=belasah=kutuk
    :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...