Sedang aku syok dok buat kerja (lah
sangat) sambil jenguk-jenguk wall FB (FB aku gunakan sebagai sotkabar sebab
bnyak link2 berita yang di post)........
Tiba-tiba.....
Ceh suspen konon...
Adelah sape nama ntah akupun lupa post
link tutorial cara pakai hijab.
Maka
terdetiklah di hati aku beberapa persoalan:
1.
Perlu ke sampai buat tutorial dan diupload ke Youtube ni?
2.
Ada ke orang nak tengok tutorial camtu?
3.
Bagus ajar orang pakai tudung ni, tapi camne diorang start tu mesti
dalam keadaan tak pakai tudung ke apa? *confuse
4.
Agak-agak ada tak lelaki yang tengok sekali video tutorial tu?
5.
Betul ke mereka ni ajar cara tutup aurat? Ke sekadar berfesyen?
6.
Ikhlas ke ajar tu? Ke semata-mata nak femes?
7.
Tak segan ke upload video dan ramai-ramai orang tengok? Ke bangga?
8.
Apsal aku ni fikir negatif sangat?
Jadi aku membuat beberapa hipotesis :
1.
Shawl ni asalnya panjang, tapi bila dililit, dibelit, dipusing maka
menjadi pendek lalu menjadi tudung yang tidak cukup sifat.
2.
Kebanyakan orang view hanya jika orang yang buat tutorial tu wajahnya
cantik lagi menawan.
3.
Fesyen yang menarik perhatian dan bertabarruj lebih menjadi keutamaan.
Jadi untuk memenuhi nafsu ingin tahu
yang membuak-buak, aku klik la jugak link tutorial tu...
Ok persoalan ke-4 terjawab. Memang ada
lelaki yang tengok video tutorial ni. Buktinya aku dah klik dan tonton... ish
Dan bukti lain ada “like” dan komen dari
kaum lelaki...
Contoh :” Masya-Allah cantiknya...
untung sapa dapat , dahla bertudung “ <----
komen ala-ala ustaz hipokrit.
Dan, memang terbukti, setelah
dibandingkan beberapa video (aku tengok sket2 je, takdelah sampai habis, sila
percaya) memang yang wajah cun melecun mendapat views yang jauh lebih
tinggi dari yang biasa-biasa.
Kenapa semua yang buat video tu
muda-muda dan cun? Kenapa bukan makcik-makcik yang yang buat? Kenapa? Kenapa?
Tabarruj diutamakan fesyen didahulukan. Make-up
memang tebal 4 inci dan fesyen tudung tak memenuhi syarat menutup aurat. Ini pun
terbukti. Tapi bukan semua.
Bab shawl yang membelit tu pun betul. Selabuh-labuh
dan sepanjang-panjang kain yang dibuat shawl tu akhirnya jadi singkat di atas
paras dada bila dililit berpuluh kali camtu.
Boleh nak lilit, pastikan hasil akhir masih menutupi bentuk dada.
Boleh nak lilit, pastikan hasil akhir masih menutupi bentuk dada.
Dan tak semuanya yang buat tutorial tu
semata-mata nak ajar dan tunjuk cara pakai tudung. Sebab mereka semacam
berlumba-lumba nak mempromosi video tu supaya dapat like dan views yang tinggi.
Link tu diorang paste kat semua jenis page dan ruangan komen kat status di FB:
“Tolong like pastu komen lepas tengok
ye? “ Nak glemer cepat ke?
Mungkin ianya satu kepuasan bila video
tu ditonton oleh ramai orang. Sekurang-kurangnya video tutorial tu lebih dikira
sopan dan baik dibandingkan video menggedik dan nyanyi lagu ntahape-hape.
Kadang-kadang tutorial tu tunjuk cara
pemakaian yang sama macam yang orang lain buat. Dia cuma tiru balik je. Perlu
ke sampai macam tu?
Aku tahu entri camni ibarat cuba
meremehkan vlogger-vlogger yang suka buat tutorial tu, jadi maaf jika aku
tersilap membuat penilaian.
“Niat
kami baik, nak menarik minat golongan muda supaya bertudung. Insya-Allah jika niat baik maka Allah bagi
ganjaran. Dapat pahala.”
Betul. Mungkin ada yang tak bertudung
terbuka hati untuk cuba fesyen bertudung sebab nampak cantik. Itu satu hijrah
kecil yang sangat bagus.
Tapi kena ngat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.
Mengutip derma untuk anak yatim umpamanya memanglah baik tujuannya. Namun, jika caranya itu dengan membuat konsert yang menggalakkan anak muda ke arah unsur-unsur yang negatif maka itu tidak lagi dianggap baik. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)-
*tak suka tak payah tengok laa. Kalau
nak tegur kenapa tak tegur artis-artis yang tak pakai tudung dan buat video
klip dedah-dedah kat luar sana tu?
*huh... dah agak mesti ada yang kata
camtu.
MAAF. INI ENTRI NEGATIF. SANGAT NEGATIF.
ENTRI NEGATIF PASAL BENDA NEGATIF. NEGATIF darab NEGATIF jadi POSITIF.
(multiplication Rules)
POSITIF: tak semua yang buat video tu macam tu. Ada yang
betul-betul menutup seluruh aurat dan betul-betul mahu tunjuk cara betul
pemakaian tudung. Insya-Allah.