Monday, 31 October 2011

Imam Genius : 3 Soalan 1 Penampar...


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya: 
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan bukti kewujudan tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, 
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. 
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

 PANG!!!


Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika 
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk 
syaitan...

Kalau anda rasa Artikel ni bermanfaat untuk dibaca, Sila Klik "Share" Dan Share Di Facebook Anda Bagi Menyebarkan Artikel Ini .

credit to: Imam dan penulis asal artikel

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 30 October 2011

The mysterious makcik

Sebelum aku start, aku nak bagi tau, aku bukannya hingin sangat nak join segmen ni. tapi TERPAKSA! aku terpaksa join bagi membuktikan betapa jelesnya aku dengan kebolehan CikNurdani ni membuat doodle2 yg cute hanya menggunakan Microsoft Excel... harap faham dengan situasi aku ni.

Korang tengok... Banner tula yang wat aku jeles!! cer klik banner tuu kalau nak baca kisahnya.
Kalau tak minat bleh KLIK SINI  :)
......................................................................................................................................

Ni Sambungan kisahnya:

Milah    : err... tadi makcik kata jual angry birds... saya memang suke giler ngan angry birds nih
Makcik : Haa.. elokla klu suka, nak tengok tak?
Milah    : nak..nak...nakkk...(muke excited)
Makcik : err, kita tunggu Mijah wat air la dulu, makcik dahaga gak ni... xde milo ais, carrot susu pun jadila...
Mijah    : haa, makcik ni airnya jemputla..
Makcik : (minum) haa, meh tengok angrybirds makcik jual nih... cute2 sume, xdela cam muka korang tuu... haha makcik gurau jer... Ok tak lawak pun...

Makcik pun mengeluarkan stok2 angry birdsnya... 
Bukan Angry Birds biasa, siap bleh gerak2 dan terbang lagi...

Milah&Mijah :Alolo..tomelnya.. cutenya... suke,suke! Canggih siot, boleh terbang gituuu (serentak)
Makcik : klu suke, follow la, eh silap, belilaa... 2 seringgit je...
Mijah : eh, murah gilerr.. saya beli sume la klu gitu..
Milah : kepala hotak ko, nak wat pe bnyak2...
Mijah : gurau je, mana aku ade duit nk beli bnyak2... er makcik ni da tua2 camni pun kuat kerja lagi. Anak2 xde ke?
Makcik : Makcik ada  3 orang anak je. Suami makcik meninggal... anak makcik plak semuanya sakit. Penyakit Misteri kata doktor.. tu yg makcik keje tu, nak cari duit belanja beli ubat anak makcik.
Milah : kesiannya makcik

Milah dan Mijah pun berpakat mengeluarkan semua wang simpanan mereka yg mereka simpan untuk beli alat make up kerana kasihankan makcik tersebut.

Mijah: makcik, kitorang beli dua angry birds nih... nah duit
Makcik : terima kasih, eh besar duit ni RM 50 ni... mana makcik ada duit nak bagi baki
Milah : takpe makcik kitorang ikhlas. Keep the change la makcik
Makcik : Ok, thank you very much.. i love you...mmuahh
Mijah : terer  gak makcik speaking.
Makcik : biasala, zaman skang sume kena reti. Okla makcik chow dulu. Time kasihla sudi beli.
Makcik : eh, apa kat belakang korang tu?

Milah & Mijah dengan cuaknya berpaling ke belakang tapi takde apa2...
Makcik ni nak kenakan kitorang ke? Eh?
Milah & Mijah terkejut Beruk bila melihat makcik tu dah ghaib dalam sekelip mata. Mereka menjeguk ke luar rumah, tapi jangan kata bayang, bulu hidung makcik tu pun tak kelihatan.
Mereka saling berpandangan...
Tiba2...

Milah : Eh, Mijah cer tengok angryBirds ni, dah tukar warna la...
Mijah : Eh ni bukan tukar warna je, dah jadi emas la... waaa
Milah dan Mijah sangat gembira kerana AngryBirds mereka telah bertukar menjadi emas. Mungkin itulah balasan kerana niat baik mereka bersedekah kepada makcik itu.
Tapi, siapakah makcik itu yang sebenarnya? Manusia? Atau ....

-TAMAT- 

Sorila panjang sangat merapu... seronok pula bila da start, da jadi drama lak..haha
Skrip boleh diubah mengikut citarasa. :) 



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

SEGMEN NASZ : PERANG BLOGGER

AMARAN : SETIAP BLOGGER YANG JOIN SEGMEN NI DIWAJIBKAN MENERJAH SEMUA BLOG YANG JOIN SEGMEN INI JUGA. SO, SEBELUM NAK JOIN, KORANG FIKIRKAN DULU SAMA ADA KORANG BOLEH ATAU TAK TUNAIKAN KEWAJIBAN INI. 


klu rasa mampu, sila KLIK SINI untuk join...



Prinsip aku senang, tak perlu follow blog ini jika tak suka, jangan rasa terpaksa untuk follow, cuma kalau boleh baca la entri2 yg mngkin korang suka.
Kalau rasa bermanfaat, diizinkan share, tekan je butang 'share' atau 'like' (butang like pun sbnarnya share gak)
walaupun aku ada follow blok korang tak bermakna aku mewajibkan korang follow balik blog yg hampeh nii... :) 
Jadi jgan rasa bersalah kalau tak follow...
Cuma ingin menyebarkan sesuatu yang bermanfaat (harap2la bermanfaat)




ok, sesi menerjah bermula!


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 29 October 2011

PUISI (kot) : Aku Ingin Menjadi Soleh dan Solehah

copyright © 2011 by keriikhwan

Aku ingin menjadi Soleh,
Tapi hanya lidahku yang bertutur gagah,
sedang hatiku terasa payah,
meninggalkan segala yang aku peroleh,
fantasi  dunia yang tak sudah-sudah,
melayan nafsu yang tak pernah mengalah,
seakan segala hiburan ingin diratah.

gambar ni Pakcik Google skodeng

Aku ingin menjadi Solehah,
Tapi hanya tersekat di lidah,
Sedang aku tak pernah berubah,
Terasa rugi berpaling dari dunia yang megah
Berat hatiku menggantikan pakaian yang terdedah
Belum puas mempamer rambutku yang indah,
Terlalu leka dengan puji membuatku lemah.


Aku ingin menjadi Soleh , menjadi Solehah,
Semakin hari aku semakin lelah,
Akhirnya aku pasrah,
sehingga terlupa untuk muhasabah,
Nikmat kurniaan-Nya terlalu mewah,
Tapi bersyukur aku tak pernah,
Kini aku tersedar namun terlambat sudah,
Kerana  ajal telah mematikan langkah.

Jom Bertaubat Sebelum Terlambat


-  monolog by keriikhwan –
1:52 am 28 Okt 2011

Xleh tido –> tetiba dpt ilham->bangun-> buka laptop -> menaip -> publish -> tido balik
 (rasanya belum layak dikategorikan sebagai puisi)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...