Monday 10 October 2011

HEBATKAH KITA? JIKA....



Remaja tonggak negara
Belia hari ini pemimpin masa hadapan
Belia penjana transformasi negara

Yup, aku setuju dengan semua kata di atas, remaja dan belia aset penting buat negara.
Hebatnya belia hari ini, hebatlah generasi kan datang, tapi jika rosak belia hari ini, rosaklah masa depan negara.
Tapi sering aku terfikir bagaimana bentuk kehebatan belia yang kita mahukan?
 Hebat pemikiran? Hebat ilmunya? Hebat kata-katanya? Hebat kedudukan sosialnya?
Hebat jati dirinya? Hebat kerjayanya? Hebat sahsiahnya?
Kita perlu jadi hebat, tapi dalam masa yang sama kita tidak lagi menjadi kita,
Kita semakin hilang diri sendiri tatkala terlalu obses untuk menjadi hebat
Terlalu mengejar kehebatan dunia, sedang sahsiah kita semakin kembali kepada takuk jahiliyyah..
Bagaimana seorang belia boleh menjadi hebat, jika akhlaknya semakin merudum,
Bagaimana seorang belia boleh menjadi hebat, jika nilai moralnya semakin terhakis?
Bagaimana seorang belia boleh menjadi hebat, jika perlakuannya semakin semakin jauh dari sifat2 seorang Muslim?
Bagaimana seorang belia boleh menjadi hebat, jika setiap hari dalam kehidupannya disuap dengan bermacam jenis hiburan yang melalaikan?
Bagaimana seorang belia boleh menjadi hebat, jika setiap detik hidupnya dipenuhi maksiat yang menggelapkan hati?
Bagaimana seorang belia boleh menjadi hebat, jika para generasi pemimpin sekarang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada mereka?
Bagaimana seorang belia boleh menjadi hebat, jika program2 realiti hiburan dibiarkan berleluasa di kaca televisyen, mendapat liputan seluas-luasnya oleh media tempatan?
Bagaimana seorang belia boleh menjadi hebat, jika ......

Hey kamu! Sedarlah, bangkitlah dari mimpi siangmu itu,
Cukuplah dengan bermacam alasan kamu!
Lenamu sudah terlalu panjang, bukalah matamu, lihatlah betul-betul dunia di depan mu ini...
Ini bukan dunia yang kita impikan, ini bukan lagi dunia yang kita mahukan...
Bukan dunia sebegini yang kita mahu huni...
Terlalu banyak kepalsuan yang mengisi setiap ruang kehidupan kita...
Yang dikaburkan dan ditopengkan dengan nama realiti...
Terlalu banyak janji-janji, sedang yang dikotakan sedikit Cuma...
Kata-kata boleh dicipta, sedangkan bukti perlu nyata!
Kita punya tanggungjawab! Ini negara kita! Tempat tumpahnya darah kita! Yang dibina dari darah dan airmata nenek moyang kita!

Kembalilah menjadi diri kita...
Kembalilah kepada budaya kita...
Kembalilah kepada pegangan kita...
Kebalilah kepada Ajaran Islam...
Kembalilah kepada Agama Allah...
Tunduklah pada hukum-hukum Allah...
Kita ada kuasa untuk mengubah...
Kita punya tenaga untuk memperbetulkan kepincangan ini...
Sedaya yang termampu, itulah usaha kita...


Allah berfirman :
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (ar-Ra'd : 11)


monolog by: keriikhwan

 

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

3 comments:

  1. betul tu. remaja kita telah disuap dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  2. TV pun tak kawal penyiarannya. anak2 kecil pantas belajar yg negatif darinya.

    ReplyDelete
  3. sekarang..TV lebih kuat pengaruh dari rakan2..haha.. *ok merepek lagi

    aku suka kau monolog.. aku baca siap berdiri tangan sebelah kat belakang..mcm A samad said je...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...