Thursday 20 October 2011

MATEMATIK DAN AL-QURAN: Formula Mencari Muka Surat Dalam AL-QURAN



Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia) 
Tip yg nak kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 6 di halaman ke berapa:
6-1 = 5, 5 perlu didarab dengan 2 jadi 5 x 2 = 10
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 6 adalah pada halaman 102
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 6 bermula pada halaman 102. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Ini bukan satu kebetulan. Ini adalah salah satu keajaiban al-Quran yang berjaya kita temukan. Al-Quran adalah sumber segala ilmu. Berbanggalah kerana kita dianugerahkan dengan kitab teragung yang mustahil dapat ditandingi mana2 buku di dunia ini.



P/S: Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja

credit to: orang yang menjumpai formula ini

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

5 comments:

  1. Amazing...nie la keajaiban Al-Quran...ALLAHUAKHBAR!!!...

    ReplyDelete
  2. kuasa ALLAH ~ banyak lagi benda2 tersirat yang kita x nampak kan?

    ReplyDelete
  3. agungnya CiptaanNYA... T_____T

    kalau al-Quran dari Mekkah..? sama x?

    ReplyDelete
  4. valid utk al quran tulisan uthmani

    ReplyDelete
  5. yup, hanya al-quran tulisan dalam Mushaf Uthmani atau dipanggil Rasm Uthmani.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...