Friday 7 October 2011

OMG!!! AWAK SANGAT COMEL!!!!


copyright © 2011 by keriikhwan


Mataku terpaku,
Lidahku kelu,
Mulutku membisu,
Otakku membeku,
Tanganku kaku,
Nafasku menderu,
Jantungku berdegup laju,
YA, dia sangat COMEL!
Terlalu comel,
Tak tergambar dek sebaris kata,
Untuk aku puja,
Lamaku terpana,
Pada sekeping foto,
Di laman muka buku itu,
Aku betul terpesona,
Sungguh, aku tak menipu...
Aku mahu memuji,
Mahu menunjukkan bahawa dia patut dipuja,
Pantas kucapai tetikus itu,
Kuhala pada butang ‘like’
Tanpa ragu ku klik butang itu,
ARGH! Jiwaku membentak laju,
Kenapa butang itu hanya boleh di klik sekali,
Bukan 2 kali,
Bukan 3 kali,
Bukan berkali-kali...
Aku belum puas menatap,
Belum puas mengekspresikan rasa takjub ini,
Indahnya ciptaan Ilahi,
Betapa rugi jika tak dinikmati,
Aku perlu menzahirkannya,
Ruangan “comment” itu perlu aku hujani,
Biar dia tahu, aku pemujanya...
Biar dia tahu, kewujudan aku...
Lalu denga penuh rela,
Aku menghambur kata puji,
Yang bisa membuat dia lemas,
Yang bisa membuat dia terlena,
Dalam mimpi indah ciptaan aku,
Kerana aku,
Seorang lelaki  kasanova,
Yang sentiasa mengintai ruang, mencari peluang,
Untuk menghirup maruah,
seorang gadis gedik,
yang merendahkan harga dirinya,
demi sebaris kata indah,
demi menarik mata-mata untuk memandang,
kerna terlalu mendamba,
menjadi SELEBRITI  DUNIA,
yang terkenalnya sekejap Cuma,
sedang dalam tak sedar,
dia tertipu...
dengan ilusi dunia,
dikaburi mindanya dengan fantasi indah,
membuatkannya lupa pada yang HAKIKI...


original from : keriikhwan

monolog by : keriikhwan

jangan terperangkap dengan kata palsu, jangan memerangkap dengan rupa parasmu , kecantikan itu pinjaman cuma , sampai masanya akan diambil semula 


Link : 



 

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

3 comments:

  1. adess...ahaks....
    ayat dari awai sgtlah cantek bhasanya..
    tetiba ja kluar gadis gediks..hee..ahaks,....
    xpa2...utk menyedarkan insan 2 gedix jugax..:)

    ReplyDelete
  2. err... haha... adil la.. ada lelaki kasanova, kena la ada pasangannya si gadis gedix...
    :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...